Connect with us

Oh! Media

Suka Paksa Orang Bagi Sedekah, Pengemis Ini Ada Simpanan Sebanyak RM149k

pengemis

Trending

Suka Paksa Orang Bagi Sedekah, Pengemis Ini Ada Simpanan Sebanyak RM149k

Seorang pengemis jalanan di Indonesia didakwa memiliki simpanan mencecah 490 juta rupiah bersamaan RM149,069.

ADVERTISEMENT

BACA: Pengemis Ditahan Hanya Untuk Siasatan, Tiada Kompaun Dikenakan

Menerusi laporan Harian Metro, buku simpanan Bank Mandiri dan Bank Sulutgo telah tersebar di sosial media dan menyebabkan semua netizen tahu akan jumlah simpanan pengemis tersebut.

13 tahun mengemis

pengemis
pengemis

Pengemis yang bernama Lutfi Haryono ini menetap di bandar Gorontolo, Indonesia. Apabila jumlah wang simpanannya tersebar di internet, pihak polis telah memanggilnya untuk beri keterangan di Balai Polis Lurah Ipilo bandar Gorontalo pada 2 Jun lepas.

Lutfi tidak menafikan kenyataan orang ramai berkenaan jumlah wang simpanan itu dan menyatakan duit tersebut memang miliknya, menurut jurucakap polis, Bripka Romi.

Menurut Lutfi, dia suka memaksa penduduk untuk mendapatkan wang.

Soal siasat dilakukan juga mendapati Lutfi sudah mengemis lebih 13 tahun iaitu selepas berpisah dengan isterinya.

Lutfi menggunakan wang hasil mengemis untuk keperluan peribadi seperti membina rumah.

Namun, Lutfi mengatakan bahawa wang tersebut bukanlah hasil daripada mengemis sepenuhnya kerana dia pernah bekerja di sebuah kedai makan.

Lutfi juga berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan mengemis ini dan mahu berniaga di warung.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas