Connect with us

Oh! Media

Lelaki Dan Wanita Bertengkar Sampai Jatuh Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang

Oh! Tidak

Lelaki Dan Wanita Bertengkar Sampai Jatuh Jambatan Pulau Pinang

Terdapat satu kejadian dimana seorang lelaki dan seorang wanita terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang (menghala ke Perai) pada malam semalam. Dah kenapa tu?

Menurut laporan Harian Metro, dua individu itu dipercayai bertengkar di atas jambatan sebelum terjatuh ke dalam laut dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai Shahrul Munawer Taharen.

IKLAN

Difahamkan berlaku pertelingkahan membabitkan kedua-duanya sebelum mereka terjatuh ke dalam laut.

Terdapat lelaki yang juga orang awam yang diperayai seorang tentera di lokasi bertindak terjun menyelamatkan mangsa.

Kemudian, mangsa dibawa nelayan yang berada di lokasi itu ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sebelum diberi rawatan awal dengan menaiki bot.

Jambatan Pulau Pinang

Kedua-dua mangsa berusia 30-an yang mana lelaki terbabit mengalami cedera di kepala dan mereka sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi diberi rawatan.

Kes kemudian diserah kepada polis bagi tindakan lanjut dan operasi ramat pada jam 8.35 malam.

Kredit: Harian Metro | Tiktok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas