Connect with us

Oh! Media

Kurang Guna Bahasa Melayu, PM Tegur Agensi Kerajaan, GLC Dan Swasta Dalam Majlis Perasmian

bahasa melayu

Trending

Kurang Guna Bahasa Melayu, PM Tegur Agensi Kerajaan, GLC Dan Swasta Dalam Majlis Perasmian

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri telah menegur agensi kerajaan, swasta serta syarikat yang berkaitan kerajaan (GLC) di  Perasmian Malam Kemuncak Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2021 kerana kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ini Komen Tan Sri Dr Rais Yatim Selepas Tuan Ibrahim Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB

Majlis perasmian itu telah berlangsung di Dewan Sultan Iskandar UTM, Johor semalam. Menurut Astro Awani, Perdana Menteri menyatakan sudah menjadi kebiasaan bahasa kebangsaan tidak digunakan dalam mesyuarat, persidangan, nama syarikat atau nama projek agensi-agensi tersebut.

Memastikan bahasa kebangsaan terus berkembang maju

bahasa melayu

Ismail Sabri mengharapkan agar pihak-pihak agensi itu mula menggunakan bahasa kebangsaan dalam setiap urusan, termasuk persidangan dan mesyuarat sebagai usaha untuk membuat bahasa kebangsaan Malaysia terus berkembang maju sama seperti bahasa-bahasa lain.

Namun peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk memastikan Bahasa Melayu terus berkembang yang ketika ini sudah menjadi trend untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam program swasta, malah GLC dan agensi-agensi kerajaan.

Mesyuarat agensi dan GLC juga menggunakan Bahasa Inggeris. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini menjadi lumrah dengan tidak juga menggunakan Bahasa Melayu.

Saya berharap setiap persidangan, mesyuarat dan lain-lain mesti menggunakan Bahasa Melayu selepas ini. Siapa lagi boleh mengangkat Bahasa Melayu melainkan kita sendiri?

Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk berbangga dengan bahasa kebangsaan kita kerana berada di tangga ke-10 daripada 20 bahasa yang popular di seluruh dunia.

Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan bahasa kebangsaan kita kerana sesungguhnya ia merupakan bahasa yang sangat indah. Janganlah malu untuk mempraktikkan bahasa kebangsaan ini sebagai bahasa kita bercakap pada setiap hari dalam setiap urusan yang dilakukan.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas