Connect with us

Oh! Media

Ini Komen Tan Sri Dr Rais Yatim Selepas Tuan Ibrahim Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB

bahasa melayu

Oh! Negara

Ini Komen Tan Sri Dr Rais Yatim Selepas Tuan Ibrahim Guna Bahasa Melayu Di Pentas PBB

Hari ini ramai yang berasa bangga dengan apa yang dibawa oleh Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man apabila mengangkat bahasa Melayu di pentas PBB. Apa yang dilakukan Menteri Alam Sekitar dan Air ini amat jarang dilakukan mana-mana pemimpin negara kita.

ADVERTISEMENT

BACA: Jarang Dilakukan Pemimpin Negara! Tuan Ibrahim Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Pentas PBB

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim turut tidak terlepas mengucapkan tahniah kepada Tuan Ibrahim. Dalam pada itu, dia turut berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail turut sama tegas dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan.

“Kumandangkan olehmu bahasa jiwa bangsa”.

Tahniah Tuan Ibrahim, Menteri Alam Sekitar berucap dalam bahasa Melayu di sidang antarabangsa di Scotland.

Minggu lalu saya minta Perdana Menteri agar tegas dalam memperjuangkan bahasa kebangsaan kita dalam arena diplomasi. – Tulisnya di Twitter.

Diharapkan apa yang ditampilkan Tuan Ibrahim di pentas antarabangsa ini menjadi contoh kepada semua. Jika tidak kita yang mengangkat bahasa Melayu ini, mana mungkin bangsa lain akan melakukannya.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas