Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Perempuan Berusia Setahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

Oh! Tidak

Kanak-Kanak Perempuan Berusia Setahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

Seorang kanak-kanak perempuan yang baru saja berusia setahun tujuh bulan dipercayai meninggal dunia akibat strok haba pada Selasa lepas. Allahu, kesiannya.

ADVERTISEMENT

Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir iaitu bapa kepada kanak-kanak itu berkata, Nur Imani sudah batuk sejak seminggu lalu dan mula muntah-muntah selepas beberapa hari.

Punca kematian hasil bedah siasat ialah strok haba. Air dalam badan semua kering. Paru-paru sudah kecut.

Bapanya berkata, sejak Isnin malam anak perempuan tunggalnya itu berada di tahap yang kritikal sehingga menyebabkan dia dan isteri terpaksa membawa mangsa ke klinik swasta sebelum dipindahkan ke hospital.

Ketika dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, beliau lemah dan kesejukan.

Tetapi doktor di wad kecemasan hanya boleh berikan ubat kepadanya dan menyuruh kami membawanya pulang.

Pada mulanya, kami ingin memasukkannya ke wad kerana dia sudah lemah.

BACA: Elak Strok Haba, Pakar Kesihatan Minta Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta

Juga, kelmarin seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun meninggal dunia kerana strok haba dan dehidrasi.

Kredit: The Star

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas