Connect with us

Oh! Media

Elak Strok Haba, Pakar Kesihatan Minta Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta

20230425 151045 0000

Oh! Tidak

Elak Strok Haba, Pakar Kesihatan Minta Jangan Tinggal Anak Dalam Kereta

Sejak beberapa minggu lepas, negara kita mengalami cuaca panas yang berpanjangan di beberapa kawasan dalam negara. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya strok haba.

BACA: Kurangkan Aktiviti Luar Bagi Mengelakkan Diri Mengalami Strok Haba

Terbaru, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar meminta orang ramai untuk tidak sesekali meninggalkan anak mereka di dalam kereta.

IKLAN

Strok haba

Matahari sun scaled 1

Dr Zainal menyuarakan kebimbangan itu kerana kanak-kanak lebih terdedah dengan strok haba hanya dalam tempoh yang singkat.

Paling penting sekali ia memberi kesan kepada golongan kanak-kanak terutama kanak-kanak kecil atau bayi.

Jika gejalanya ringan mungkin kita rasa terlalu panas, pening kepala, rasa nak pitam atau loya tetapi kalau peringkat yang serius ia boleh membawa kepada strok haba, pengsan dan tidak sedarkan diri.

Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak memandang ringan mengenai fenomena cuaca panas yang mampu membahayakan nyawa terutama buat warga emas dan pesakit kronik.

Kurang oksigen

Img 20230425 153959 215

Sebelum ini, negara kita dikejutkan dengan berita empat sekeluarga dipercayai pengsan akibat kekurangan oksigen dan menyebabkan kenderaan dipandu merempuh Plaza Tol Bentong.

Mangsa dipercayai suami isteri bersama dua orang anak perempuan ditemui selamat ketika dibantu oleh pasukan perubatan dan pihak pengurusan lebuh raya.

Hati-hati dengan cuaca panas sekarang semua!

Kredit: Astro Awani | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas