Di Facebook, tular perkongsian seorang wanita mengenai prosedur memasang alat perancang keluarga (IUCD) di sebuah klinik kesihatan.
Dakwanya, prosedur yang sepatutnya mudah berakhir dengan tragedi apabila alat gagal dipasang dengan betul.
Prosedur pasang IUCD gagal
Malah, rahim juga mengalami kecederaan serius dan dia perlu menjalani pembedahan kecemasan dengan segera.
Menceritakan dengan lanjut, wanita bernama Hidayah Salim ini ke klinik kesihatan pada 17 Januari lalu. Sebelum prosedur, dia menjalani proses imbasan dan doktor memberitahu rahimnya ke belakang dan sukar untuk masukkan alat IUCD.
Conversation :
Aku: ”Kalau macam tu okay ke doctor? Boleh ke?” If doktor kata tak boleh, aku boleh je cuba kaedah lain. Tapi dia jawab..
Doktor: ”Tak apa kita cuba”
Aku tak tahu la perkataan “KITA CUBA” tu sama ada doktor tu memang betul-betul boleh buat atau cuba nasib?
Selain rahim ke belakang, doktor juga memberitahu pesakit mempunyai banyak keputihan. Jadi, pesakit dikatakan sekali lagi bertanya sama ada proses pemasangan IUCD boleh dilakukan.
Jawapan yang diberikan doktor sama iaitu mahu mencuba dahulu.
Wanita kecewa doktor hilang buat kerja seperti biasa
Semasa pemasangan, mangsa mengalami kesakitan yang luar biasa. Setelah prosedur selesai, imbasan menunjukkan IUCD tidak berada dalam rahim seperti yang sepatutnya.
Situasi bertambah buruk apabila alat tersebut didapati telah menembusi dinding rahim, menyebabkan pendarahan dalaman.
Doktor yang pasang IUCD aku terus hilang buat kerja seperti biasa tanpa jumpa aku untuk meminta maaf! Rupanya perkataan “TAK APA, KITA CUBA” mean “DIA MENCUBA BERMAIN DENGAN NYAWA”.
Mangsa segera dirujuk ke hospital untuk menjalani pembedahan kecemasan. Doktor pakar terpaksa melakukan pembedahan penuh untuk mengeluarkan IUCD tersebut dan proses pemulihan yang dihadapinya kini hampir sama dengan pemulihan selepas pembedahan czer sebelum ini.
Ibu muda ini meluahkan rasa kecewa terhadap cara prosedur tersebut dikendalikan. Beliau juga merasa dirinya dipersalahkan apabila ada pihak yang mengatakan risiko seperti ini adalah perkara biasa.
Terbaru, wanita ini tampil membuat laporan di Sistem Pengurusan Aduan Awam SISPAA mengenai kecuaian yang telah berlaku.
Dia berterima kasih kepada netizen yang prihatin dan berharap dapat sembuh dengan segera.
#OhmediaNasihat
Sebagai petugas kesihatan, penting untuk mengutamakan keselamatan pesakit serta memastikan komunikasi yang baik supaya pesakit tidak merasa terabai atau dipersalahkan. Semoga ibu ini segera sembuh daripada trauma yang dihadapinya.