Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kesal Bakal Ibu Mentua Naikkan Hantaran RM14k Kepada RM18k Selepas PMX Umum Naik Gaji

Wang hantaran kahwin ohmedia

Oh! Tidak

Lelaki Kesal Bakal Ibu Mentua Naikkan Hantaran RM14k Kepada RM18k Selepas PMX Umum Naik Gaji

Ingatkan harga barang je boleh naik, tak tahu pula wang hantaran perkahwinan pun boleh naik macam tu. Itulah apa yang dikongsikan seorang lelaki yang kecewa apabila bakal ibu mentua menaikkan wang hantaran perkahwinan yang sudahpun dipersetujui secara tiba-tiba.

Perkara ini dikongsikannya di aplikasi X, di mana dia sepatutnya menikahi tunangnya pada Disember 2024. Bagaimanapun, bakal ibu mentuanya memungkiri janji dan menaikkan wang hantaran sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan ada kenaikan gaji bagi penjawat awam.

Wang hantaran perkahwinan naik RM4,000 sebab PMX umum naik gaji…

Aku kerja sebagai penjawat awam. Dah bertunang dan bakal berkahwin pada Disember. Sebelum ini, bakal mentua minta RM14,000. Aku tunaikan. Lepas Perdana Menteri umumkan kenaikan, mentua minta hantaran naik jadi RM18,000.

Disebabkan permintaan itu, lelaki ini tertekan dan mula berfikir sama ada dia patut teruskan hubungan atau tidak kerana kerap bergaduh dengan tunang.

IKLAN

Nak nikah bulan Disember 2024, gaji mungkin akan naik tahun 2025. Macam mana tu?

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan lelaki ini untuk mengundurkan diri sekiranya tidak mampu untuk meneruskan hubungan. Apapun, cubalah bawa berbincang dahulu dengan keluarga bakal mentua untuk cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas