Connect with us

Oh! Media

Isteri Pertama Dipercayai Tarik Rambut Madu, Punca Gaduh Sebab Kahwin Senyap-Senyap Dan Rasa Tersindir

Oh! Tidak

Isteri Pertama Dipercayai Tarik Rambut Madu, Punca Gaduh Sebab Kahwin Senyap-Senyap Dan Rasa Tersindir

Kecoh diperkatakan hari ini mengenai satu kejadian membabitkan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan yang bergaduh di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor.

ADVERTISEMENT

BACA: Berselisih Faham, Dua Isteri Bekas Jurulatih Bergaduh Di Restoran

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim dalam laporan Kosmo! berkata, isteri kedua tampil membuat laporan polis mengenai kejadian kira-kira jam 2.18 pagi.

Berlaku tarik menarik rambut

Menurut pengadu, suspek yang merupakan isteri pertama dipercayai menarik rambut pengadu di dalam restoran tersebut. Suspek dikatakan berang dan mendakwa pengadu berkahwin dengan suaminya secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.

Siasatan awal mendapati punca pergaduhan akibat suspek tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.

Mereka dilaporkan turut bertengkar di luar premis. Isteri pertama difahamkan turut membuat laporan polis dan kedua-dua pihak termasuk bekas jurulatih dipanggil untuk beri keterangan.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas