Connect with us

Oh! Media

Isteri Kecewa Suami Enggan Belanja Tumbler RM30, Sampai Terfikir Nak Bercerai

cerai

Oh! Tidak

Isteri Kecewa Suami Enggan Belanja Tumbler RM30, Sampai Terfikir Nak Bercerai

Tular di platform Threads, luahan seorang isteri yang terfikir mahu bercerai semata-mata kerana suami enggan membelikan botol air berharga RM30.

Wanita berkenaan kecewa kerana suami memberikan alasan ‘tunggu gaji besar’ sedangkan bersuaminya mempunyai pendapatan hampir RM3,000 sebulan.

IKLAN

“Berdosa ke kalau terfikir bercerai?” – Isteri

Katanya lagi, suaminya tidak pernah hulur nafkah dan hanya memenuhi syarat asas seperti tempat tinggal dan makan minum.

isteri

Si isteri dipercayai terasa hati dengan jawapan suami memandangkan dia bukanlah meminta barang kemas atau barangan mahal yang lain.

Perkongsian itu telah menerima ribuan tanda suka dan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong luahan si isteri menegaskan mengenai usaha dan keprihatinan suami.

Netizen beri pelbagai reaksi

isteri

Namun begitu, ramai juga yang mempertikaikan kenyataan tersebut dan menganggap si isteri terlalu menilai perkahwinan daripada perkara kecil.

You ukur nilai marriage you, relationship you dgn husband you based on tumbler RM30? I don’t know but that’s cheap.

Selebriti media sosial, ikanabella pula secara terbuka menawarkan diri untuk menghadiahkan tumbler tersebut sambil mengingatkan tentang pentingnya bersyukur.

Nak tumbler apa ni..? Mai I hadiahkan kt you… bila kita bersyukur Allah janji akan bagi lebih lagi. Semoga kita tak tergolong dalam golongan yg kufur nikmat.

Ada juga yang mencadangkan supaya si isteri memujuk dengan cara lembut, jawab si isteri dia sudah berusaha namun suami tetap berpegang dengan alasan “tunggu kaya” sejak dari awal berkahwin.

Pssttt! Kadang kala bila dikuasai emosi, kita tidak mampu berfikir menggunakan akal yang waras. Janganlah disebabkan tumbler terus nak berpisah sedangkan suami pun sudah banyak berkorban. Untuk si suami pula, janganlah berkira sangat dengan isteri. Sebulan simpan RM10 pun jadilah!

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas