Oh! Tidak
Isteri Cekup Suami Atas Katil Dengan Penyondol, Netizen Puas Dengar Bunyi Penampar
Tular di TikTok rakaman video menunjukkan seorang wanita menangkap suaminya curang dengan wanita lain.
Lebih menyedihkan apabila mereka berdua dilihat berdua-duaan di atas katil sebuah bilik. Si suami hanya memakai seluar pendek tanpa baju.
Tak cakap banyak, si isteri mempersoalkan atas tujuan apa si penyondol berada di bilik itu. Dia kemudian dilihat menampar wanita itu berkali-kali.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik isteri di ruangan status aplikasi Whatsapp. Video kemudian dimuat naik semula oleh rakannya di TikTok untuk dijadikan pengajaran buat wanita di luar sana.

Bukan setakat merampas suami orang, penyondol dikatakan menghina isteri sah dan anak-anak membuatkan isteri hilang sabar.

Pemilik akaun TikTok ini hanya akan memadam video selepas penyondol meminta maaf di atas perbuatannya selama ini.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM