Connect with us

Oh! Media

Isteri Kantoi ‘Check-In’ Dengan Lelaki Lain Dedah Mahu Buktikan Pada Suami Yang Dirinya Masih ‘Laku’?

842f85c0 b432 43aa b250 ecbf88c2e367

Trending

Isteri Kantoi ‘Check-In’ Dengan Lelaki Lain Dedah Mahu Buktikan Pada Suami Yang Dirinya Masih ‘Laku’?

Seorang wanita yang merupakan isteri kepada anggota polis di Indonesia menjadi perhatian netizen dan warganet selepas rakaman menunjukkan dia kantoi curang tular di TikTok.

Menerusi video tersebut, wanita itu dilihat sedang memakai baju tidur yang agak seksi dan lelaki itu pula hanya berseluar pendek.

Difahamkan, lelaki tersebut merupakan bekas kekasih wanita itu dan mereka berdua telah kantoi ‘check in’ di sebuah hotel. Perbuatan terkutuk tersebut malah disaksikan oleh suaminya dan beberapa orang lain termasuk pihak berkuasa.

IKLAN

Terdahulu, suami wanita itu mengesyaki isterinya berlaku curang kerana terjumpa nombor telefon lelaki lain di Whatsapp.

Lebih membuatkan dia berasa curiga adalah kerana isternya itu sering curi-curi keluar dan tinggalkan anak mereka berusia 11 bulan di rumah.

Isteri saya memang selalu keluar dari rumah tanpa izin saya dan tinggalkan anak kami. Disebabkan itulah saya mula curiga dengannya.

Bagaimanapun, wanita itu telah tampil memberi penjelasan dan berkata bahawa dia sebenarnya menjadi mangsa pukul dan dera suaminya.

Dia juga pernah membuat laporan polis namun berkali-kali juga ia ditarik balik kerana termakan pujuk rayu si suami tetapi beberapa bulan kemudian dia akan didera lagi oleh lelaki tersebut.

Situasi itu sudah banyak kali berlaku namun dia akui mengalah dan masih bersama suaminya kerana memikirkan anak mereka yang masih kecil.

Saya minta maaf sebab saya memang salah cuma saya terngiang-ngiang dia kata yang saya ni tak laku dan tak boleh dapatkan lelaki bujang jadinya saya buktikan apa yang dia cakap.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas