Connect with us

Oh! Media

Ibu Mangsa Dalam Tempoh Pantang Maut Tertusuk Pisau Di Leher Cerita Hal Sebenar

Ibu berpantang maut, pisau terpacak di leher

Oh! Tidak

Ibu Mangsa Dalam Tempoh Pantang Maut Tertusuk Pisau Di Leher Cerita Hal Sebenar

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang seorang ibu yang masih lagi dalam tempoh pantang ditemui maut dengan pisau terpacak di leher pada jam 6 petang semalam dalam bilik dirumahnya. Allahu..

ADVERTISEMENT

BACA : “Selepas Telefon Suami, Dia Tiba-Tiba Senyap”, Ibu Dalam Tempoh Pantang Ditemui Maut, Pisau Terpacak Di Leher

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, ibu kepada mangsa tampil untuk menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian yang berlaku.

Ketika ditemui, mangsa berada di bawah katil dengan sebilah pisau pemotong sayur yang tertusuk di bahagian tengah lehernya.

Pada awalnya, mangsa berada di ruang tamu dan menyerahkan anak lelaki kepada ibunya sebelum bercakap dengan suami menerusi panggilan telefon.

Anak pesan minta jaga bayinya dan dia kemudian masuk ke dalam bilik tidur, namun disebabkan dia berada lama dalam bilik, saya minta anak bongsu intai guna tangga sebab bimbangkan keselamatannya.

Kami cuba pecah pintu bilik beberapa kali sebelum berjaya memecah masuk namun terkejut mendapati anak terbaring berlumuran darah dengan pisau tertusuk pada lehernya.

Ketika ini mangsa dikatakan masih bernyawa dan terus cabut pisau yang tertusuk di lehernya itu sebelum meminta ahli keluarga lain membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Beris Panchor.

Mangsa juga selalu mengadu sakit perut selepas lahirkan anak keempat ini.

Pagi tadi, dia baharu sahaja ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana masalah kesihatan dan doktor ada nasihatkan dia ambil ubat, sejak balik dia macam tertekan.

Ibu kepada mangsa percaya yang anaknya itu ambil pisau di stor luar rumah sebelum masuk dan mengunci bilik. Menantu yang juga merupakan suami kepada mangsa terkejut apabila tahu perkara ini, tambah lagi apabila mereka baru je lepas bercakap di telefon

Saya terpaksa bagi menantu bercakap dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia kerana dia tidak percaya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengatakan kes jnj diklasifikasi sebagai mati mengejut. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas