Connect with us

Oh! Media

Ibu Dalam Tempoh Pantang Ditemui Maut, Pisau Terpacak Di Leher

Oh! Tidak

Ibu Dalam Tempoh Pantang Ditemui Maut, Pisau Terpacak Di Leher

Seorang ibu yang masih lagi dalam tempoh pantang ditemui maut dengan kesan tikaman pada leher. Allahu, apa kes ni?

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, mayat tersebut ditemui dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Beris Panchor, Bachok petang semalam.

Hal ini disedari adik bongsu kepada mangsa selepas mendapati kakaknya yang berusia 35 tahun itu mengunci pintu bilik.

Adik mangsa terus mengambil tangga untuk melihat kakaknya dalam bilik dan terkejut apabila mendapati kakaknya dalam keadaan berlumuran darah.

Tanpa fikir panjang, dia terus memecahkan pintu bilik yang dikunci itu sebelum mendapati sebilah pisau telah terpacak pada leher mangsa.

Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang baru berusia 36 hari. Kami berdua terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sudah berlumuran darah.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang membuat panggilan dengan suaminya.

BACA : Ibu Mangsa Dalam Tempoh Pantang Maut Tertusuk Pisau Di Leher Cerita Hal Sebenar

Selepas bercakap dengan suami, dia tiba-tiba senyap. Saya hairan dengan situasi itu sebelum meminta Wan Muhamad Nasri memeriksa keadaan kakaknya.

Selepas pintu bilik dipecah, saya terus mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter yang berada di lehernya sebelum menghubungi Klinik Kesihatan Beris di sini. Kebetulan pula, kereta peronda polis lalu di hadapan rumah ketika itu.

Siasatan lanjut akan dijalankan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas