Oh! Tidak
Ibu Bersalin Selamba Mengaku ‘Terembat’ Kain Lampin Hospital, Siap Puji Kualiti Sampai 4 Tahun Tak Koyak!
Netizen dedah simpan kain lampin hospital Medivest hingga 4 tahun.
Kalau ada anugerah untuk barang hospital paling tahan lasak, mungkin kain lampin Medivest ni boleh menang tempat pertama!
Tapi yang menjadi perhatian netizen sekarang bukan sebab kualiti semata-mata, tapi sebab ramai pula yang ‘terembat’ dan masih simpan kain hospital ni sampai bertahun-tahun!

Satu perkongsian di media sosial tular lepas beberapa individu tanpa segan silu mengaku mereka ‘terambil’ kain putih bertulis “HAK MILIK MEDIVEST SDN BHD – UNTUK KEGUNAAN HOSPITAL SAHAJA” sejak mereka bersalin.

Paling mengejutkan, ada yang mengaku dah guna selama 4 tahun dan kain tu masih elok, tak koyak!
Terambil atau memang saja tak pulang?
Antara pengakuan yang menarik perhatian bila ada ibu berkongsi kain tu masih digunakannya walaupun anak dah umur 9 bulan.
Malah, ada yang siap puji kain tu “lembut sedap gila” dan sesuai sangat untuk bayi. Lebih ‘wow’, ada yang siap kata napkin hospital tu lebih tahan daripada jenama mahal kat luar!
Namun begitu, seorang pengguna di Thread mempersoalkan tindakan tersebut, dengan menyindir bahawa “kalau betul ‘TER’, mesti dah pulangkan dalam masa 4 tahun”.

Pengguna Thread itu juga meluahkan rasa simpati dengan staf Medivest yang mungkin terpaksa ganti semula barang hospital tu guna duit sendiri.
Pssttt! Tak dinafikan kain hospital memang selesa dan berkualiti tinggi, tapi bila dah jelas tertulis untuk kegunaan hospital sahaja, eloklah dipulangkan. Kadang-kadang benda kecil macam ni pun boleh beri kesan besar kepada bajet hospital dan pekerja yang terlibat. Harapnya, lepas ni lebih ramai sedar dan hargai amanah walaupun sekadar sehelai kain.
Kredit: Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM