Connect with us

Oh! Media

jkm

Oh! Tidak

Ibu 7 Anak Kecewa JKM Tak Naikkan Bantuan, Terasa Bila Pegawai Minta Suami Kerja Keras

Baru-baru ini, satu perkongsian daripada seorang ibu menarik perhatian ramai apabila dia meluahkan rasa kecewa terhadap pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Difahamkan, dia baru je bersalin anak ketujuh dan menghubungi JKM memohon kadar bantuan dinaikkan.

IKLAN

Ibu anak 7 kecewa JKM tak naikkan bantuan

Namun, JKM memaklumkan keluarganya sudah menerima bantuan maksimum iaitu sebanyak RM1,000 sebulan.

jkm

Apa yang lebih membuatkan ibu ini terasa adalah nasihat pegawai tersebut yang meminta suaminya supaya bekerja lebih keras memandangkan tanggungan keluarga semakin ramai.

Patut ke pegawai JKM cakap macam tu? Sepatutnya tanggungjawab JKM la nak bagi bantuan pada kami yang anak ramai ni.

Perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi. Ada yang bersimpati, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan keputusan keluarga tersebut untuk mempunyai anak ramai.

“M40 anak 2 pun pening..” – Reaksi netizen

Seorang pengguna Threads mekar.manis, menyuarakan pandangannya, “M40 anak 2 pun dah pening fikir sekolah, pakaian, makan… macam mana yang tak berduit boleh sampai 7 anak?”

Netizen lain pula berpandangan jika kurang berkemampuan, individu tersebut sepatutnya membuat perancangan keluarga dan tidak berharap kepada bantuan semata-mata.

#OhmediaNasihat

Memiliki keluarga besar adalah satu kebahagiaan, tetapi ia datang dengan tanggungjawab besar. Bantuan kerajaan hanyalah pelengkap tetapi tanggungjawab sebenar terletak kepada ibu bapa. Didoakan semoga keluarga ini baik-baik je dan dilimpah rezeki berlipat kali ganda.

jkm

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Threads


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas