Connect with us

Oh! Media

Hairan Lihat Anak Pulang Menangis, Rupanya Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia

Trending

Hairan Lihat Anak Pulang Menangis, Rupanya Jadi Mangsa Lelaki Pedofilia

Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak kes yang melibatkan kejadian kanak-kanak yang menjadi mangsa individu bernafsu pedofilia. Kejadian ini bukan sahaja dapat merosakkan masa depan kanak-kanak tersebut, malah mampu mencalarkan maruah seseorang walaupun mereka masih di usia setahun jagung.

ADVERTISEMENT

Kejadian terbaru melibatkan nafsu pedofilia ini apabila seorang ibu membongkarkan nasib malang menimpa kedua anaknya yang masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun apabila menjadi mangsa lelaki pedofilia semasa mereka sedang menjual kuih di pangsapuri kediamannya.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, ibu kepada dua orang anak itu berasa hairan apabila mendapati anak-anaknya pulang ke rumah di sebuah pangsapuri di Seksyen 19 dalam keadaan yang menangis.

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang berusia 39 tahun itu berasa bimbang melihat keadaan anaknya dan kemudian bertanya kepada mereka sebelum salah seorang daripada anaknya memberitahu ketika mereka sedang menjual kuih di pangsapuri itu, dia didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Suspek kemudian menarik tangan mereka secara paksa sebelum melakukan perkara tidak elok kepada kanak-kanak terbabit.

Akibat ketakutan diperlakukan seperti itu, mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum melarikan diri.

Terkejut dengan kejadian itu, ibu kepada dua orang anak itu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sea Park untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan sisatan bagi mengesan suspek giat sedang giat dilakukan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan kita akan mengedarkan lakaran fotofit suspek nanti.

Apa nak jadilah dengan manusia zaman sekarang. Semoga penjenayah itu segera dikesan dan diberikan hukuman setimpal.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas