Connect with us

Oh! Media

“Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Dijangkiti, Mati Akibat Covid-19” – DG Hisham

mati

Trending

“Kumpulan Tidak Divaksin Paling Berisiko Dijangkiti, Mati Akibat Covid-19” – DG Hisham

Kes mencanak naik, tetapi masih ramai yang takut untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19. Menerusi laporan Utusan, sesiapa sahaja yang tidak divaksin, tak kira berapa usia sekalipun, adalah golongan yang berisiko dijangkiti Covid-19 dengan simptom yang serius, termasuk mati.

ADVERTISEMENT

BACA: KJ Kongsi Gambar Kartun Di Instagram, Seolah ‘Menyindir’ Antivaksin?

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah kesihatan mengatakan, golongan yang tidak mengambil suntikan vaksin mengalami jangkitan pada kategori empat dan lima serta mati, menerusi rekod yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan.

Kumpulan lengkap vaksin dos penggalak kurang risiko

mati

Menurut DG Hisham, individu yang mengambil dos penggalak adalah yang paling terlindung, di mana kurang kes dijangkiti yang melibatkan kategori tiga, empat dan lima. Katanya;

• Kumpulan individu yang tidak divaksinasi adalah paling berisiko untuk dijangkiti COVID-19 yang serius (terutama pada kategori 4 dan 5) dan juga paling berisiko untuk mati akibat jangkitan COVID-19. Ini dapat dilihat pada ketiga-tiga carta dan hampir semua kumpulan umur;

• Kumpulan individu yang telah menerima vaksin COVID-19 dos penggalak (booster) adalah paling terlindung, di mana dapat dilihat kurang kes dijangkiti COVID-19 yang serius (kategori 3, 4 dan 5) dan juga kematian akibat COVID-19 di kalangan penerima dos penggalak berbanding kumpulan yang tidak divaksinasi (non-vaccinated) dan kumpulan lengkap divaksin tetapi tidak lengkap dos penggalak (vaccinated but unboosted);

• Vaksin dos penggalak dapat memberi perlindungan yang terbaik daripada kematian dan gejala serius COVID-19.

DG Hisham menggesa, orang ramai yang berkelayakan menerima dos penggalak perlu segera mendapatkannya dari pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat secara walk-in.

Kenyataan penuh:

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas