Connect with us

Oh! Media

Gangguan Seksual: Punggung Wanita Ditepuk Dari Belakang Ketika Joging

gangguan seksual

Trending

Gangguan Seksual: Punggung Wanita Ditepuk Dari Belakang Ketika Joging

Lagi dan lagi ke gangguan seksual dilaporkan. Kejadian seperti ini sebenarnya kerap berlaku dan mangsa sebelum ini mungkin ramai yang takut untuk tampil membuat laporan polis kerana malu. Tapi selepas banyak kes seperti ini berlaku, mangsa sudah berani untuk tampil menegakkan kebenaran dan ini satu perkembangan yang sangat baik.

ADVERTISEMENT

BACA: Lagi Kes Gangguan Seksual, Gadis Dakwa Dicium Rakan Sekerja Yang Juga Suami Orang

Terbaru, seorang wanita menjadi trauma selepas penggungnya ditepuk seorang lelaki yang tidak dikenali. Kejadian itu berlaku sewaktu mangsa sedang berjoging di Taman Fasa 2J, Manjung.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu mendakwa dia yang sedang berjoging pada jam 7 pagi itu didatangi lelaki yang sedang menunggang motosikal. Suspek yang datang dari arah belakang bertindak menepuk punggung mangsa dan terus beredar.

Mangsa kemudian menjerit cuba mendapatkan pertolangan kerana takut diapa-apakan suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Bhoo Khim mengesahkan perkara ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Pihak polis yang melakukan pemeriksaan di tempat bagaimanapun mendapati tiada CCTV di tempat kejadian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas