Connect with us

Oh! Media

Lagi Kes Gangguan Seksual, Gadis Dakwa Dicium Rakan Sekerja Yang Juga Suami Orang

gangguan seksual

Oh! Tidak

Lagi Kes Gangguan Seksual, Gadis Dakwa Dicium Rakan Sekerja Yang Juga Suami Orang

Sebelum ini tersebar video di media sosial menunjukkan seorang lelaki dengan pakaian tentera menjilat tangan seorang pekerja wanita kedai vape. Kali ini terdapat satu lagi kes gangguan seksual melibatkan seorang wanita yang mendakwa telah dicium rakan sekerjanya sebanyak dua kali pada bahagian kepala.

ADVERTISEMENT

Lebih menjijikan apabila perangai tidak senonoh itu dilakukan oleh seorang lelaki yang sudah mempunyai isteri. Kejadian ini dikongsikan di Twitter oleh @nabshelby yang mendakwa telah membuat laporan polis tapi diikat jamin oleh isteri suspek.

Mangsa sebelum ini membuat keputusan untuk menyembunyikan perkara terbabit tetapi kembali yakin untuk mendapatkan keadilan. Dia turut ingin menyebarkan kejadian yang berlaku agar isteri suspek mengetahui perangai sebenar suaminya.

Walaupun sudah membuat laporan polis, mangsa terpaksa berkongsi perkara ini kepada semua selepas suspek dilihat menganggap kejadian itu tidak serius dan tidak rasa bersalah atas perbuatannya.

Mangsa turut berkongsi paparan WhatsApp perbualan antara dia dengan rakannya yang mendakwa suspek mengambil mudah dengan apa yang berlaku.

“bukannya gua kacau cip*p dia….”

Ayah teman lelaki mangsa banyak bagi semangat untuk buat report

Gangguan seksual seperti ini bukanlah sesuatu yang remeh dan perlu dipandang serius. Semoga suspek menerima hukuman yang setimpal dan menjadi pengajaran kepada semua.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

To Top