
Oh! Tidak
Gambar Seragam Tentera Ditayang Dalam Kelab Malam
Seorang anggota tentera dikesan tayang gambar pakai uniform dalam kelab malam.
Satu gambar anggota tentera berpakaian seragam rasmi yang ditayangkan dalam sebuah kelab malam di Kuala Lumpur jadi perhatian selepas viral di TikTok.
Gambar tersebut dipercayai berlatarbelakangkan logo Kor Jurutera dan dipaparkan dalam skrin utama di dalam kelab berkenaan.
Anggota ATM dipercayai dari kem di Kelantan…

Siasatan pihak berkuasa berjaya mengesan identiti lelaki berkenaan sebagai 1219*** Pbt Nor Aiman Hakimi bin Abdul Hafiz, dari pasukan 7 Skn RAJD, Kem Desa Pahlawan, Kelantan.
Dia ketika itu sedang berkursus Jurutera Tempur Kelas 1 di Institut Kejuruteraan Medan Tentera Darat (IKEM).
Gambar tersebut mula dikesan sekitar jam 8 malam pada 2 Jun 2025. Tidak lama selepas itu, pihak CPK Kluang berjaya mengesan suspek pada jam 11 malam dan terus menahannya di hadapan bangunan Cawangan Hal Ehwal Penuntut (CHEP), IKEM.
Pemeriksaan lanjut dilakukan dan anggota dibawa ke pejabat untuk siasatan.
Gambar untuk sambut anniversary dengan kekasih?

Menurut kenyataan anggota, tayangan gambar itu dibuat sempena ulang tahun perkenalan dengan kekasihnya yang merupakan seorang lelaki yang telah menukar jantina kepada perempuan.
Siasatan turut mengesahkan bahawa semasa kejadian, anggota berkenaan sedang dalam cuti hujung minggu bermula 30 Mei sehingga 2 Jun 2025.
Turut disita dalam siasatan ialah sebuah telefon bimbit iPhone 11.
Pssttt! Walaupun niat mungkin peribadi dan atas nama cinta, tindakan sebegini tetap tidak wajar lebih-lebih lagi melibatkan pakaian seragam tentera yang melambangkan maruah pasukan. Hormati institusi yang diwakili, jangan sampai tindakan peribadi jejaskan imej seluruh angkatan.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
