Connect with us

Oh! Media

tipu resit

Oh! Tidak

Gadis Kantoi Menipu Resit Di Uptown Kongsi Situasi Sebenar

Seorang gadis yang didakwa menipu resit di Uptown Sungai Petani tampil menceritakan kisah sebenar pada malam kejadian.

Gadis yang menggunakan akaun TikTok @mielatsiong berkata, dia sebenarnya telah mengakui kesalahan dan membayar jumlah yang sebenar kepada peniaga.

IKLAN

BACA: “Nak Try Je, Kawan Kata Lepas” – Gadis Kantoi ‘Edit’ Resit, Rupa-Rupanya Hanya Transfer 1 Sen Ke Kedai

Dia tidak berpuas hati dengan tindakan peniaga yang merakam serta memuat naik video tersebut ke media sosial sedangkan dia sudah merayu supaya ianya dipadam.

Katanya lagi, jika tujuan peniaga untuk menjadikan kejadian itu sebagai pengajaran, peniaga sepatutnya mengaburkan wajahnya terlebih dahulu.

Kenapa tak blurkan video? Lepastu siap cut lagi, dah bagi barang tak nak pulak tunjuk. Dah bayar tak mau pulak bagitahu, nak mention aku scam je. Ni dah sampai berapa view.

Miela berkata, peniaga tidak memuat naik video penuh di mana dia sebenarnya sudah membayar dan memulangkan semula barang.

Kredit: TikTok @mielatsiong

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas