Connect with us

Oh! Media

Dubai Mengeluh Banyak Kedai Mewah Terpaksa Ditutup

Ohmedia dubai mall

Oh! Tidak

Dubai Mengeluh Banyak Kedai Mewah Terpaksa Ditutup

Konflik Timur Tengah menyebabkan kedai mewah tutup, operasi runcit di Dubai dan negara Teluk mula terjejas.

Konflik Timur Tengah nampaknya semakin memberi kesan kepada sektor perniagaan, terutama industri runcit dan barangan mewah di rantau itu. Banyak kedai di Dubai serta pusat beli-belah utama di negara Timur Tengah terpaksa menutup operasi atau berjalan dengan kakitangan minimum.

Situasi ini berlaku susulan konflik Timur Tengah yang semakin memuncak apabila serangan udara Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran mencetuskan tindak balas balas daripada Tehran. Keadaan ini mula menjejaskan operasi syarikat besar, perjalanan pekerja dan juga aktiviti pelancongan di rantau berkenaan.

Syarikat besar dunia terjejas

Antara syarikat yang terjejas ialah kumpulan Chalhoub yang mengumumkan kedainya di Bahrain ditutup buat sementara waktu. Bagaimanapun, operasi di Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jordan masih berjalan tetapi dengan kehadiran kakitangan secara sukarela.

IKLAN

Naib Presiden Komunikasi Chalhoub, Lynn al Khatib berkata pasukan kepimpinan syarikat turut turun ke lapangan bagi melihat keadaan semasa di pusat beli-belah utama.

Pasukan kepimpinan syarikat melawat Dubai Mall dan Mall of the Emirates pada pagi 2 Mac untuk bertemu pekerja.- Katanya.

Syarikat antarabangsa seperti Amazon juga menggantung penghantaran di seluruh rantau berkenaan. Pekerjanya di Arab Saudi dan Jordan juga diarahkan untuk kekal berada di rumah buat sementara waktu.

Pemilik jenama Gucci, Kering pula memaklumkan kedainya di UAE, Kuwait, Bahrain dan Qatar ditutup sementara. Pada masa sama, syarikat itu turut menggantung semua perjalanan ke Timur Tengah sehingga keadaan kembali stabil.

Selain itu, Apple juga menutup kedainya di Dubai sehingga 5 Mac, manakala H&M menutup operasi di Bahrain dan Israel.

Saham syarikat mewah turut terjejas

Kesan konflik Timur Tengah ini turut dirasai di pasaran saham global apabila saham beberapa syarikat mewah besar mengalami penurunan. Dilaporkan saham kumpulan LVMH, Hermes dan Richemont jatuh antara empat hingga 5.7 peratus pada petang 2 Mac.

Walaupun Timur Tengah hanya menyumbang sekitar lima hingga 10 peratus daripada perbelanjaan global untuk barangan mewah, rantau ini sebenarnya menjadi penyumbang terbesar kepada pertumbuhan industri itu pada tahun 2025.

Selain kedai mewah, sektor pelancongan juga berisiko terjejas jika konflik Timur Tengah berpanjangan. Beberapa lapangan terbang sudah ditutup dan serangan misil dilaporkan turut merosakkan sebuah hotel lima bintang Fairmont Palm di Dubai.

Rakan kanan firma perunding Kearney, Victor Dijon berkata pasaran runcit perjalanan yang bernilai sekitar AS$5 bilion hingga AS$6 bilion boleh mengalami kerugian besar jika operasi ditutup selama sebulan.

Pssttt! Ohmedia harap konflik seperti ini dapat diselesaikan dengan segera kerana kesannya bukan sahaja melibatkan politik dan keselamatan, malah turut memberi impak besar kepada ekonomi dan kehidupan orang ramai di seluruh dunia.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas