Connect with us

Oh! Media

“Tempat Ni Keras” – Detik Cemas Sesat Waktu Maghrib, Kereta Tersangkut Di Jalan Misteri

Ohmedia sesat

Oh! Tidak

“Tempat Ni Keras” – Detik Cemas Sesat Waktu Maghrib, Kereta Tersangkut Di Jalan Misteri

Di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalaman mendebarkan tersesat di kawasan misteri ketika dalam perjalanan ke A’Famosa Villa bersama suaminya.

Niat asalnya cuma mahu menyelesaikan tempahan ‘henna job’ daripada pelanggan, tapi lain pula jadinya apabila terbabas daripada arahan Google Maps dan melalui bawah flyover lama.

Kereta tersangkut dalam lumpur

Lebih cemas lagi apabila mereka tersesat ketika waktu senja, meremang bulu roma! Kongsi wanita ini, dia yang berasa tidak sedap hati ada meminta suami untuk berpatah balik.

IKLAN

Namun, suami yakin mereka akan menjumpai jalan besar kerana jalan yang dilalui bertar. Sekali, jalan semakin sempit, kiri kanan sunyi dan akhirnya kereta tersangkut dalam lumpur.

Screenshot 2025 05 02 161558

Saya sempat call customer inform kitorang sesat. Diorang cuba nak hantar orang datang tolong tapi bila sampai dekat-dekat area tu, diorang pun tak berani nak teruskan. Diorang cakap tempat tu lain macam sangat. Saya tak paksa takut jadi apa-apa pulak dekat orang lain.

Mereka kemudian menghubungi 999 untuk bantuan kecemasan tetapi jawapan yang diterima mengecewakan.

Call towing lah…

Bomba tiba selepas sejam terperangkap

Screenshot 2025 05 02 161615

Mereka tidak putus asa mendapatkan bantuan bomba dan menggunakan kudrat yang ada mencuba tolak kereta daripada lumpur.

Selepas lebih sejam, akhirnya bantuan bomba tiba pada jam 8:34 malam. Tapi apa yang dikatakan oleh abang bomba betul-betul buat bulu roma berdiri.

Abang bomba cakap “Tempat ni keras. Tak sepatutnya ada orang sampai sini. Kitorang naik 4×4 pun seriau nak masuk. Korang dah kena “bawa” ni.”

Seram! Tapi syukurlah abang-abang bomba escort mereka keluar hingga ke jalan besar dan pastikan semuanya selamat. Trauma masih terasa, tapi nyawa masih panjang. Syukur Alhamdulillah.

Pssttt! Fuh jalan gelap sempit, mana tak cemas weh! Nasib baiklah abang bomba cepat-cepat bantu. Terima kasih abang bomba!

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas