Connect with us

Oh! Media

Sanggup Upah Adik Bunuh Suami OKU, Demi RM2 Juta

Trending

Sanggup Upah Adik Bunuh Suami OKU, Demi RM2 Juta

Siapa je yang tak nak duit dalam dunia ni, memang betul orang cakap duit tak boleh beli kebahagian tapi, semua benda perlukan duit. Ramai yang buat macam-macam cara untuk dapatkan duit dalam dunia ni dan tak terkejut lah kalau ada juga yang sampai sanggup membunuh.

ADVERTISEMENT

Demi membolot harta yang bernilai lebih 2 Juta Ringgit, sanggup seorang wanita mengupah adik kandung sendiri untuk membunuh suaminya. Mangsa yang dikatakan buta itu, telah berada di rumahnya seorang diri sewaktu kejadian.

Adik ipar kepada lelaki itu, dikatakan telah memukul kepala mangsa menggunakan tukul besi. Dia juga sempat melarikan rantai yang dipakai mangsa sebelum meninggalkan rumah kakaknya.

Wanita tersebut turut membuat laporan polis selepas kejadian itu, dengan mereka cerita bahawa suaminya telah diragut dihadapan rumah mereka.

Nasib tidak menyebelahi mereka, apabila Polis dapat menghidu keraguaan dalam laporan polis yang telah dibuat wanita itu. Hasil siasatan pula mendapati pembunuhan itu sudah pun dirancang oleh wanita itu bersama adiknya kerana ingin mendapatkan harta.

Menurut sumber, mangsa tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan yang teruk dikepala dan disahkan telah pun meninggal dunia di sebuah hospital.

Kini, suspek wanita dan adiknya itu, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang pada Khamis nanti dan akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Ini lah akibat dia, bila buat sesuatu tak fikir panjang. Dalam hidup ni jangan terlalu ikutkan nafsu, fikir dulu sebelum buat keputusan, kan lebih baik daripada menyesal di kemudian hari.

Kredit: Harian Metro

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas