Connect with us

Oh! Media

Kontak Rapat Dah Tak Perlu Kuarantin?

kontak rapat

COVID-19

Kontak Rapat Dah Tak Perlu Kuarantin?

Memandangkan kes di Malaysia semakin meningkat, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengumumkan pemansuhan prosedur kuarantin bagi sesiapa yang menjadi kontak rapat kes Covid-19 pada minggu hadapan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Tidak Akan Menipu” – KKM Sahkan Anak KJ Selesai Disuntik Vaksin

Menerusi laporan Awani, fasa pertama akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Gangguan ekonomi yang ketara

kontak rapat

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengatakan pekeliling telah diedarkan pada 15 Februari lalu kepada semua petugas kesihatan.

Kontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.

Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada gejala.

Sebaliknya hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu.

Perkara ini akan digunakan buat orang ramai jika ia boleh dilaksanakan. Khairy juga telah meminta Dr Noor Hisham untuk memanjangkan perkara ini kepada sektor kesihatan swasta jika mereka nak lakukan protokol yang sama.

Harap kalau betul dilaksanakan, semoga mereka yang memiliki simptom akan jujur dan kuarantin sendiri di rumah masing-masing!

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas