Connect with us

Oh! Media

“Kami Tidak Akan Menipu” – KKM Sahkan Anak KJ Selesai Disuntik Vaksin

86a0729f 111e 4c27 89d2 75ac3eec397e

Trending

“Kami Tidak Akan Menipu” – KKM Sahkan Anak KJ Selesai Disuntik Vaksin

Sebelum ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) memaklumkan anak bongsunya, Raif, telah selesai menerima suntikan vaksin dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 untuk kanak-kanak (PICKids).

BACA : Jururawat Teruk Kena Hentam Didakwa Suntik ‘Angin’ Anak KJ, Ini Penjelasannya

Terdapat pula dakwaan yang mengatakan cecair dalam picagari telah dikeluarkan jururawat bertugas dan anak kepada KJ hanya ‘cucuk angin’.

IKLAN

Menurut laporan Kosmo, KKM telah mengesahkan bahawa Raif telah disuntik vaksin dan menafikan dakwaan yang ada pihak yang telah membuang cecair vaksin.

KKM juga tidak akan menipu terutamanya dalam isu sebegini dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali.

Sekiranya benar, anak kepada beliau (Khairy Jamaluddin) tidak disuntik, kita akan siasat dan lihat video yang tular itu kerana ia juga secara dekat.

Jika semua tidak percaya, kita boleh memanggil individu (kakitangan KKM) yang menyuntik anak beliau. Semua orang sudah melihat, anak Menteri Kesihatan itu disuntik vaksin.

Dah-dahlah tu nak mencari salah orang. Apapun, semoga wabak ini dapat berakhir dengan cepat supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas