Connect with us

Oh! Media

Buat ‘Content’ Di Kedai Emas? Peguam Teliti Rakaman Video Tular Syamsul Yusof Dan Kazar

Trending

Buat ‘Content’ Di Kedai Emas? Peguam Teliti Rakaman Video Tular Syamsul Yusof Dan Kazar

Kebelakangan ini, kontroversi rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof hangat diperkatakan apabila ia juga didakwa membabitkan orang ketiga, Ira Kazar.

ADVERTISEMENT

Selepas pulang dari mengerjakan umrah, Puteri Sarah nekad mengambil tindakan mahkamah dan memfailkan saman terhadap Ira Kazar demi menjaga maruahnya.

BACA: Puteri Sarah Nekad Saman Penyondol Lepas Solat Istikarah, Perjuang Hak Sebagai Isteri

Belum pun reda dengan isu itu, kini tular pula rakaman video di aplikasi TikTok menunjukkan Syamsul dan pelakon Kazar yang merupakan bapa kepada Ira berada di sebuah kedai emas.

@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…😱#fyp #foryoupage ♬ original sound – Rghaikimbyeongho

Rakaman tersebut memaparkan dua pelakon terbabit seolah-olah sedang membuat konten dan melakonkan urusan jual beli.

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Akberdin Abdul Kader selaku peguam Puteri Sarah akan meneliti video tular yang sedang hangat diperkatakan itu.

Tindakan selanjutnya akan diambil sekiranya rakaman didapati melanggar interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan.

Perintah interim injuksi antaranya defendan (Ira) serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu.

Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) melanggari perintah interim injuksi ini.

Selepas meneliti, barulah pihaknya akan membuat rumusan jika ianya ada kaitan dengan penghinaan. Katanya, interim injuksi bukan hanya kepada Ira seorang, tetapi ejen-ejen serta pihak yang ada kaitan. Bapanya jelas mempunyai kaitan dengannya.

Kredit: TikTok | Harian Metro | Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas