Connect with us

Oh! Media

Bincang Masa Depan Nikotin ‘Selamat’, Forum Global Nikotin 2021 Fokus Pengurangan Bahaya

Trending

Bincang Masa Depan Nikotin ‘Selamat’, Forum Global Nikotin 2021 Fokus Pengurangan Bahaya

Di peringkat antarabangsa, kesedaran tentang bahaya merokok dan impak jangka panjangnya telah banyak diperkatakan. Malah wujud kesedaran tentang penggunaan produk alternatif sebagai salah satu cara untuk berhenti daripada merokok.

ADVERTISEMENT

Walaupun ada usaha memperkenalkan produk alternatif di Malaysia, namun ia masih belum dapat diterima secara meluas kerana pelbagai kekangan.

Oleh itu wujud ‘pentas’ dikenali Forum Global Nikotin atau Global Forum on Nicotine (GFN) yang membincangkan peranan nikotin yang lebih selamat dalam usaha mengurangkan kematian dan penyakit yang berkaitan dengan merokok di peringkat global.

Menarik mengenai GFN ini, setiap tahun ia menjadi platform soal-jawab mengenai isu-isu berkaitan nikotin yang sering diperdebatkan dengan memberikan ruang untuk semua pihak supaya bersifat terbuka, meneliti bukti dalam membuat keputusan dan pertimbangan mengenai produk alternatif.

GFN mengumpulkan pihak berkepentingan yang terlibat dengan produk nikotin baru dan lebih selamat. Mereka terdiri daripada pengguna, penganalisis dasar, pakar kesihatan awam, ahli parlimen, ahli akademik dan pengeluar. 

Galak perokok bertukar kepada alternatif yang lebih selamat

Berlangsung di Liverpool pada 17 dan 18 Jun lalu, forum ini sebenarnya merupakan medium yang membentangkan bukti-bukti kajian secara ilmiah kepada pihak berkuasa dan kerajaan di seluruh dunia untuk menggunakan satu pendekatan berbeza dalam membantu mengurangkan masalah ketagihan rokok.

Pada dasarnya, individu merokok kerana ketagihan pada nikotin, walaupun secara relatif nikotin merupakan bahan yang kurang berisiko. Namun, apa yang bahaya adalah asap yang dikeluarkan apabila pembakaran tembakau berlaku, di mana ribuan bahan-bahan toksin yang terkandung dalam sebatang rokok dilepaskan.

Pakar-pakar di GFN membincangkan pendekatan yang disebut pengurangan bahaya tembakau, di mana individu yang tidak boleh berhenti menggunakan nikotin, digalakkan untuk beralih dari produk mudah terbakar atau oral yang berbahaya kepada produk nikotin yang lebih selamat. 

Gerry Stimson, Profesor Emeritus di Imperial College London dan pengasas GFN berkata berbanding dengan menghisap rokok secara berterusan, produk alternatif adalah kurang berbahaya kepada kesihatan.

Walaupun kebanyakkan pengguna menyedari peluang yang ditawarkan oleh produk nikotin lebih selamat dan berinovasi dalam pasaran. Namun terdapat kekangan daripada pihak tertentu yang membataskan usaha menjadikan produk alternatif sebagai medium berhenti merokok.

Beberapa negara telah mula mengambil langkah proaktif membenarkan penggunaan produk alternatif apabila kaedah ini ternyata berjaya menjadi salah satu cara untuk berhenti merokok.

  • Pihak berkuasa kesihatan England menyokong vaping untuk berhenti merokok dan vape kini merupakan bantuan berhenti merokok yang paling popular. 
  • Sweden mencatatkan kematian berkaitan tembakau paling rendah di Eropah selepas snus menjadi pengganti rokok.
  • Jepun pula mencatatkan penurunan jualan rokok sehingga sepertiga sejak produk tembakau yang dipanaskan hadir dalam pasaran.

Sediakan medium telus tentang produk alternatif

Di Malaysia, kita sering dengar kempen “Katakan Tidak Pada Rokok”, sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menangani budaya merokok ini. Tapi tahukah anda, sebenarnya sangat sukar untuk meninggalkan sesuatu ketagihan ni. 

Jadi perlu ada ruang dalam menyalurkan informasi yang tepat dan telus tentang penggunaan produk alternatif sebagai usaha untuk membantu perokok keluar daripada belenggu ni. 

Dalam satu hasil kajian terhadap perokok tempatan yang diterbitkan oleh Berita Harian mendapati, faktor kekurangan maklumat dilihat menjadi punca utama perokok enggan bertukar kepada produk alternatif dan memilih untuk terus merokok. 

Walaupun terdapat kajian yang berjaya membuktikan produk alternatif kurang berbahaya berbanding rokok biasa, namun maklumat itu tidak sampai kepada perokok dewasa yang tiada keinginan untuk berhenti merokok. 

Ini berikutan tiada peraturan yang membenarkan penyebaran maklumat mengenai produk tembakau alternatif dibuat kepada pengguna di negara ini. 

Justeru, jika pihak kerajaan serius ingin menangani ketagihan merokok, lebih banyak peluang harus diberi kepada penyedia produk alternatif atau persatuan pengguna  untuk menyalurkan maklumat tepat tentang pengurangan risiko dalam setiap aspek kehidupan.

Tapi perlu diingat, walaupun produk alternatif dilihat sebagai pilihan lebih baik daripada merokok. Namun, ia masih tidak dapat memberikan jaminan anda bebas daripada sebarang risiko. 

Keputusan terbaik untuk kesihatan adalah berhenti atau tidak mula merokok. Menjadi individu bebas rokok itu sendiri adalah satu kepuasan kerana anda bukan saja dapat meningkatkan kesihatan diri malah turut melindungi seisi keluarga.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas