Connect with us

Oh! Media

AFC Kecewa, Tak Akan Luluskan Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil Lagi

afc kecewa

Trending

AFC Kecewa, Tak Akan Luluskan Penggunaan Stadium Nasional Bukit Jalil Lagi

Isu permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak dalam perlawanan Malaysia menentang Bahrain telah mula dipertikai ramai pihak. Ada yang mempersoalkan apa yang telah dilakukan pihak pengurusan sampai keluarkan air bertakung guna penyodok sampah?

ADVERTISEMENT

Kekecewaan ini bukan hanya dirasai peminat bola sepak tanah air tetapi turut dikecam oleh pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Perkara ini dikatakan sendiri oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul yang cukup kecewa dengan keadaan padang SNBJ yang rosak teruk selepas mengharungi beberapa perlawanan peringkat Kumpulan E pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023.

Tidak akan jadi pilihan lagi..

Keadaan pada malam itu tidak boleh diterima oleh AFC kerana pihak stadium tidak menyediakan peralatan yang cukup untuk mengatasi masalah air bertakung.

Kita terkejut tengok keadaan padang dan takkan mahu menyalahkan hujan pula. Tuan punya tempat itu perlu lebih bersedia dan di sini bukannya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kena uruskan perkara itu.

Jadinya, kita agak kecewa dengan keadaan padang yang masih lagi tidak dibaikpulih malah menggunakan alat yang tidak sesuai pula untuk membuang air atas padang.

Jika keadan berterusan seperti ini, AFC tidak akan meluluskan lagi perlawanan di stadium berkenaan. – Tegasnya.

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab menjaga SNBJ mengambil serius perkara ini. Jangan biarkan perkara sama berulang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas