Connect with us

Oh! Media

Transfer Fail Lebih Smooth Dengan Fungsi Link To Windows Dalam Galaxy A54 5G

Oh! Tech

Transfer Fail Lebih Smooth Dengan Fungsi Link To Windows Dalam Galaxy A54 5G

“Handphone mahal tapi fungsi masih sama.. Hmm bazir duit lah!”

Masuk tahun 2023, kami pasti kebanyakan rakyat Malaysia pasti memiliki setidak-tidaknya dua peranti berteknologi tinggi iaitu telefon pintar da lnkomputer riba.. Kedua-dua peranti ni sangat membantu majoriti para pelajar dan mereka yang bekerja untuk melakukan tugasan di mana sahaja.

ADVERTISEMENT

Tapi bila masuk bab pengasingan tugasan, mesti agak rumit kan? Ada tak antara korang masih gunakan cara lama? Contohnya, kalau nak transfer gambar dan fail, mesti korang tercari-cari kabel USB atau transfer guna email dan aplikasi Whatsapp serta Telegram

Faham dengan situasi yang dialami oleh kebanyakan rakyat Malaysia, Samsung step up their game dan hadir dengan fungsi istimewa iaitu Link To Windows yang memudahkan interaksi antara Samsung Galaxy A54 5G/ Samsung Galaxy A34 5G dengan peranti yang lain.

Link To Windows Menghubungkan Dua Peranti Dengan Lebih Lancar

Link To Windows adalah sebuah fungsi yang membenarkan anda untuk menghubungkan telefon Samsung dan komputer Windows dengan lebih mudah. Dengan fungsi ini, anda boleh akses segala fail dan storan dalam telefon melalui skrin komputer sahaja. 

Haa, tapi bukan itu je gais! Link To Windows ni boleh beri lebih banyak kebaikan untuk para pengguna sampai korang berubah fikiran untuk beli! Meh kami share dengan korang 6 perkara yang korang boleh buat untuk smooth kan hari korang hanya dengan Link To Windows!

6 Perkara Yang Korang Tak Boleh Miss Tentang Link To Windows

Samsung
Kredit gambar: Microsoft

1.  Drag dan Drop Fail Terus Dari Telefon Pintar Kepada PC

Samsung
Kredit gambar: Microsoft

Kalau sebelum ni nak buat tugasan yang memerlukan paparan yang besar dan jelas seperti komputer riba memang rumit kan? Lebih lagi, kalau kena buat presentation. Memang mencabar kalau pakai satu device sahaja. Phew!

Sekarang tak lagi! Link to Windows memudahkan korang untuk mengakses fail dengan data yang besar di dalam peranti Samsung seperti Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G. Korang dah tak perlu nak ‘tumpang’ fail, gambar dan video di Whatsapp atau email macam dulu-dulu.

Drag fail yang berkenaan dari skrin cermin telefon pintar dan letakkan sahaja ke dalam PC anda serta-merta. Settle!

2. Salin-Tampal Kod OTP Semudah Di Hujung Jari

Samsung
Kredit gambar: ChatDaddy

Siapa dekat sini kaki shopping online? Baik mengaku! Korang yang jenis suka shopping online atau selalu guna online banking ni mesti dah familiar dengan OTP kod kan?

Tapi, bila tengah sedap memborong barang online, tak sedar pun kod OTP kita dah tamat tempoh dan tak boleh digunakan. Jawabnya kena redo balik!

Jangan risau! Link to Windows boleh bantu korang shopping sepuasnya tanpa risau korang terlepas kod OTP. Kod OTP akan muncul terus pada skrin PC korang dan anda boleh menyalin-tampalnya dengan mudah. Boleh lah shopping sampai lebam!

3. Pin Aplikasi Yang Sering Digunakan &  Buka Windows Yang Berbeza Pada Satu Masa

Samsung
Kredit gambar: Microsoft Support

Bila dah setiap hari guna aplikasi yang sama, mesti dekat Google History telefon pintar dan PC korang benda yang sama je kan? Dah alang-alang tu, pin aplikasi yang korang selalu gunakan pada Taskbar dan Startup menu peranti masing-masing, Lebih cepat!

Lebih menarik, Link to Windows memberi para pengguna kebebasan untuk membuka lebih dari satu aplikasi dalam satu masa. Macam ni nak belajar online, meeting dan salin resepi dari Youtube pun senang!

4. Berhubung Bersama Yang Tersayang Terus Daripada Komputer

Part ni min rasa rare sikit. Kalau selalu korang hanya berkomunikasi dengan video call dalam laptop/ PC sahaja, betul tak? Tapi dengan Link to Windows, korang dapat telefon dan dengar suara insan tersayang lebih jelas. 

Fungsi ni memang lifesaver kalau korang sejenis yang sibuk menghadap komputer riba/ PC lebih dari korang pegang phone. Haih, mudah betul!

5. Main Permainan ‘Hits 2012’ Bila Korang Tengah Boring!

Samsung
Kredit gambar: Sensor Tower

Fuh, siapa yang tak kenal dengan permainan video ‘Legend’, Candy Crush ni! Memang cipta fenomena bila seluruh dunia main permainan video ni. Geng ‘mak-mak’ pun sama naik! Ada juga yang senyap-senyap main dalam bilik meeting. Tapi kalau pakai telefon, nampak ‘obvious’ sangat, betul tak?

Psst..psst.. Meh min nak kongsi trik ni. Buat para pengguna Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G, korang boleh Link to Windows dan main permainan Candy Crush pada PC korang. Janji tutup sound, confirm tak kantoi!

6. Telefon Pintar Berhantu? Siri Galaxy A Terbaru Nyata Lebih Seram!

Samsung
Kredit gambar: Freepik

Dah alang-alang ada telefon canggih ni, apa kata kita uji kebolehan Samsung Galaxy A54 5G dan Galaxy A34 5G sambil mengusik orang sekeliling. Haa, nak tahu macam mana? Senang je!

Korang bagi telefon pada bestie atau ahli keluarga. Bila mereka tengok je telefon korang, gunakan Link to Windows pada PC/laptop korang untuk gerakkan skrin telefon dan takutkan mereka!

Lagi best, korang minta diorang untuk buka apa-apa aplikasi. Kemudia buka Whatsapp dan taip “Let’s Play a Game” untuk takutkan mereka. Seronoknya!

Macam Mana Nak Guna Link To Windows?

Haa, dari tadi kami share pasal Link to Windows, tapi mesti korang tertanya-tanya kan macam mana nak guna Link to Windows ni? Mudah je!

Tapi sebelum tu, make sure yang komputer riba/ PC korang menggunakan sistem operasi Windows 10 dan ke atas. Kalau dah ada, jom kita mula!

Langkah 1:  Muat turun perisian Phone Link secara percuma daripada Microsoft Store ke dalam komputer. Jangan lupa, korang juga perlu memiliki sebuah akaun Microsoft.

Langkah 2:  Bagi pengguna Samsung Galaxy pula, korang kena turn on fungsi Link to Windows. Korang boleh pergi ke Settings dan cari ‘Link to Windows’ pada Search box.

Langkah 3: Buka Phone Link software dan ikuti arahan yang tertera pada skrin. Settle!

Nak tahu lebih details? Tonton video ni!

Beli Sekarang Sehingga 30 April 2023 Dan Nikmati Tawaran Diskaun Lebih 70%!

Samsung
Kredit gambar: UnGeek

Beli dari sekarang sehingga 30 April 2023 untuk menikmati diskaun menarik seperti:

  • Dapatkan free casing dan jaminan selama 2 tahun dengan setiap pembelian Samsung Galaxy A54 5G dan Samsung Galaxy A34 5G.
  • Nikmati diskaun 30% PWP bagi travel adapter bagi mana-mana pembelian  Galaxy A54 5G, Galaxy A34 5G, Galaxy A14 LTE dan Galaxy A14 5G.
  • Dapatkan Galaxy Buds2 pada hanya RM149 dengan tawaran diskaun 70% PWP  apabila korang membuat pembelian Samsung Galaxy A54 5G

Min rasa dah takde alasan untuk korang tangguh lagi beli Samsung Galaxy A54 5G & Galaxy A34 5G ni. Memang sesuai untuk digunakan dalam aktiviti seharian tambah pula tengah beraya ni. Memang syok kalau pakai telefon baru!

Tunggu apa lagi! Buat pembelian sekarang DI SINI. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung atau ikuti media sosial di Facebook and Instagram

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas