Connect with us

Oh! Media

Penggunaan Kad Debit Dan Kredit Bakal Digunakan Untuk Pembayaran Perkhidmatan MRT, LRT Dan Monorail

Ohmedia  Kad

Oh! Geekz

Penggunaan Kad Debit Dan Kredit Bakal Digunakan Untuk Pembayaran Perkhidmatan MRT, LRT Dan Monorail

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia mengumumkan yang perkhidmatan pengangkutan awam akan menyokong sistem pembayaran terbuka (STP) di mana sistem pembayaran terbuka ini telahpun digunakan di lebuh raya.

Tambahan, sistem pembayaran terbuka ini membolehkan pengguna membayar perkhidmatan awam dengan menggunakan kad debit atau kredit. 

Wow, macam lebih mudah je sistem ni..

IKLAN

Bukan itu sahaja, ia juga memberikan pengguna lebih banyak alternatif pembayaran selain ditawarkan pada ketika ini melalui kad Touch ‘n Go.

Berikutan dari itu, Prasarana dijangka akan memulakan projek pembayaran sistem terbuka ini bermula Mac 2024. 

Malah, pemasangan infrastruktur ini dijangka akan mengambil masa sekitar 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk memasang 50% sistem ini di setiap stesen.

Kerajaan menyasarkan sistem pembayaran terbuka ini akan tersedia secara menyeluruh di semua stesen menjelang Ogos 2025. 

Dalam pada itu, lokasi yang dijangka akan menyokong sistem ini adalah Monorail, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, MRT Putrajaya dan MRT Kajang.

Selain itu, kerajaan turut mempertimbangkan beberapa alternatif pembayaran lain seperti pembayaran melalui imbasan kod QR dan sebagainya.

BACA: Dasar Lupus Kenderaan Lama, Tingkatkan Penggunaan Kenderaan EV Bakal Susahkan Rakyat

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke menyatakan dasar menamatkan hayat kenderaan lama tidak boleh dilaksanakan atas beberapa faktor.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ohmedia  Kad
  • Ohmedia  Kad

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas