Connect with us

Oh! Media

Pengalaman Yang Memukau Dengan Galaxy S23 FE, Ini Spesifikasi Penuh Yang Anda Perlu Tahu

Oh! Tech

Pengalaman Yang Memukau Dengan Galaxy S23 FE, Ini Spesifikasi Penuh Yang Anda Perlu Tahu

Korang tahukan yang Samsung telah melancarkan siri Galaxy FE (Fan Edition). Siri Galaxy FE ini merangkumi 4 peranti baru iaitu Galaxy S23 FE, Galaxy Tab S9 FE, Galaxy Tab S9 FE+ dan juga Galaxy Buds FE.   

ADVERTISEMENT

Sebelum ini penulis telah berbicara tentang pandangan pertama terhadap Galaxy S23 FE yang mampu mengancam pengguna walaupun itu baru 1st look je. 

Kali ini, penulis nak bagi analisis penuh mengenai Samsung Galaxy S23 FE ini, sama ada  wajar atau tidak untuk korang beli? 

Kalau nak tahu, jom! 

Reka Bentuk, Skrin & Warna Yang Ceria

Bila sebut mengenai reka bentuk, Samsung jarang mengecewakan pengguna. Galaxy S23 FE hadir dalam reka bentuk ‘boxy’, bersaiz 6.22 inci x 3.01 inci x 0.32 inci dengan berat 209g. 

Walaupun ia sedikit berat dan besar berbanding Galaxy S23, namun ia tetap selesa dipegang, dibawa dan diletakkan di dalam poket. Just nice! 

Peranti ini hadir dalam 4 pilihan warna iaitu Graphite, Mint, Purple dan Cream. Bagi pembelian secara online, korang boleh dapatkan warna ekslusif iaitu Tangerin dan Indigo. 

Selain itu, skrin bagi bahagian depan dan belakang menggunakan Corning Gorilla Glass 5 serta bahagian tepi peranti diperbuat dengan aluminium. Ini menambahkan ciri premium pada peranti. 

Bagi skrin pula, panel skrin bersaiz 6.4 inci jenis Dynamic AMOLED yang diguna pakai menawarkan penghasilan warna yang terang pada paparan skrin. 

Bukan tu je, paparan panel skrin beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, menambahkan keselesaan semasa menggunakannya. Smooth je!

Peranti ini turut mencapai kecerahan puncak sehingga 1,450nits. Jadi bila di tengah panas matahari, korang masih boleh melihat skrin. 

Jadi bagi penulis, reka bentuk, skrin serta warna yang ditawarkan amatlah sesuai. Warna yang ceria membuat ia sesuai digunakan untuk lelaki atau wanita.

Ia juga sesuai dibawa untuk pelbagai majlis dengan rekaan yang premium dan minimalist. Paling penting, penulis selesa untuk menggunakannya. 

Kualiti Kamera Sentiasa ‘On-Point’ 

Bila berbicara mengenai telefon pintar, bahagian kamera antara paling dinantikan. Nak tahu kenapa? 

Sebab orang Malaysia amat mementingkan gambar yang menarik dan lawa untuk upload di media sosial. Jangan risau, seperti biasa Samsung masih lagi menjadi antara produk yang memberi kualiti kamera yang terbaik. 

Galaxy S23 FE dilengkapi dengan 3 kamera utama iaitu  lensa utama 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan 8MP yang disokong OIS serta kamera swafoto 10MP. Pilihan tangkapan gambar bagi kamera utama boleh diambil pada nisbah 1:1, 4:3, 16:9 dan penuh. 

Bukan itu sahaja, kamera utama mempunyai kebolehan zum sehingga 3x optikal dan 30x digital.

Pelbagai mode kamera terbina turut ditawarkan dalam Galaxy S23 FE yang terdiri dengan Aperture, Portrait, Panaroma, Food, Night, Pro Photo, Video dan lain-lain.

Bagi mode potret, kamera swafoto mempunyai sistem yang dapat mengesan objek yang ingin diberi fokus lebih daripada satu. Jadi bagi korang yang ingin berswafoto tetapi dalam jumlah ramai, sangat sesuai digunakan. 

Selain itu, ia turut mempunyai feature change background. Korang boleh menggunakan kreativiti korang dalam menghasilkan gambar yang menarik mengikut background yang korang ingin guna. Ambil gambar passport pun boleh. 

Untuk video pula, peranti ini dapat dirakam dengan kualiti maksimum sehingga UHD 8K/24FPS serta dilengkapi dengan sistem OIS. Bagi korang yang selalu bermaslah merakam dengan gegaran, sistem OIS ini dapat membantu. Kualiti video yang sempurna ditambah dengan angle yang menarik, confirm kualiti Oscar lah video korang! 

Penulis rasa untuk kualiti kamera Galaxy S23 FE sangat memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Segala gambar dan video yang ditangkap, memberi hasil yang menarik untuk dikongsi, tidak kira gambar pada waktu malam mahupun tengahari. 

Kapasiti Bateri Yang Mencukupi Untuk Seharian

Samsung Galaxy S23 FE mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4500mAH yang disokong dengan kelajuan pengencasan 25W. Nampak seperti sedikit, namun ia mencukupi penggunaan seharian korang. Peranti ini dapat di cas menggunakan wayar USB-C ataupun nirwayar.  Smart kan?

Perisian Dalaman Yang Relevan & Jaminan Kemas Kini Sehingga 5 Tahun

Mengenai persisian dalaman yang digunakan oleh Galaxy S23 FE di Malaysia berlainan dengan peranti di Amerika Syarikat. 

Samsung Galaxy S23 FE Malaysia menggunakan cip Exynoss 2200 yang merupakan cip berteknologi 4nm berasaskan binaan lapan teras yang terdiri dengan satu teras Cortex-X2, tiga teras Cortex-A710 dan empat teras Cortex-A510. 

Mungkin korang beranggapan cip ini agak rendah dengan cip Snapdragon Gen 1 yang digunakan di Amerika, namun sebenarnya tiada perbezaan yang ketara mahupun besar. Kualiti serta sistem berjalan dengan lancar. 

Bagi korang yang bermain game, cip ini masih lagi mampu memberi sokongan serta menjaga kualiti permainan video game tersebut. Korang tetap boleh dapat MANIAC! 

Peranti ini mempunyai memori 8GB RAM dan storan dengan pilihan sehingga 256GB diberikan tanpa kebolehan ruang tambahan menerusi kad mikroSD. 

Namun storan ini masih boleh ditambah secara maya sehingga 8GB menerusi ciri RAM Plus. Maksudnya pengguna boleh mendapatkan sehingga 16GB RAM secara keseluruhan untuk penggunaan yang lebih lancar.

Galaxy S23 FE menggunakan sistem operasi OneUI 5.1 berasaskan Android 13. Kesemua ciri dan fungsi yang ditawarkan dalam peranti Galaxy S23 lebih kurang sama sahaja. 

Disamping itu,  jaminan kemas kini sehingga empat versi Android dan sekuriti selama lima tahun turut ditawarkan pada Galaxy S23FE. 

Bagi penulis, cip Exynoss 2200 masih lagi relevan untuk digunakan kerana ia tidak terlalu lama. Untuk storan dan memori pula, ia bergantung kepada cara pengguna memakai peranti tersebut, namun korang masih lagi boleh menambah storan. 

Paling penting, sekuriti jaminan dan kemas kini Android masih sama dengan peranti Galaxy yang lain. Korang tak akan terlepas dengan feature terbaru dari Samsung. Always updated guys! 

Jom Jadi Fan Galaxy Mulai Hari Ini! 

Peranti yang dikategorikan sebagai flagship phone ini menawarkan harga yang lebih murah berbanding peranti lain. Galaxy S23 FE ini kini dijual pada harga RM2,999 (128GB) dan RM3,299 (256GB). 

Bagi korang yang ingin memiliki peranti jenis flagship tetapi pada tanda harga yang murah, Galaxy S23 FE merupakan pilihan utama untuk korang! 

Korang tahu tak sempena dengan keluaran siri Galaxy FE, Samsung menawarkan tawaran yang berbaloi. Bermula dari 10 Oktober sehingga 30 November 2023, bagi korang yang membeli siri Galaxy FE dapat menikmati tawaran bernilai sehingga RM1,150. 

Galaxy S23 FE 

  • Dapatkan storan berganda bernilai RM300
  • Jimat RM350 rebat bagi trade-in. 
  • Diskaun sehingga 30% untuk sebahagian produk Samsung

Aha! Kalau korang beli siri Galaxy FE, jangan lupa untuk berdaftar menjadi ahli #GalaxyTroop. Nak tahu kenapa? 

Sebab dengan menjadi ahli #GalaxyTroop, korang dapat menikmati tawaran Samsung Finally Monday Epic Rewards. Macam mana nak join? 

Senang je, korang cuma perlu ikuti 2 langkah ini: 

Langkah 1: Berdaftar menjadi ahli #GalaxyTroop

Langkah 2: Bagi yang berdaftar, akan menerima e-mel yang mengandungi hadiah mingguan pada setiap hari isnin.

*Perhatian: Bagi yang belum join #GalaxyTroop, korang boleh berdafar di sini.Korang boleh mula dapatkan Galaxy S23 FE ini di Samsung Store berdekatan dengan korang ataupun secara online. Untuk maklumat lanjut mengenai Samsung, layari laman web rasmi Samsung atau ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas