Connect with us

Oh! Media

Harga & Kualiti Sama Taraf, Ini Telefon Pintar BERBALOI Untuk Dimiliki Tahun 2023!

Oh! Tech

Harga & Kualiti Sama Taraf, Ini Telefon Pintar BERBALOI Untuk Dimiliki Tahun 2023!

Korang masih lagi mencari telefon pintar yang berbaloi untuk tahun ini. Dah nak habis tahun tau, takkan tak jumpa lagi! 

ADVERTISEMENT

Sebenarnya, banyak je telefon pintar yang telah dilancarkan sepanjang tahun 2023 ni. Kalau nak kami list, sampai tahun depan tak habis. 

Tapi kalau nak telefon pintar jenis flagship dengan harga yang berbaloi, penulis ada satu telefon yang sesuai untuk korang miliki tahun ini. 

Mungkin dalam fikiran korang, penulis akan kata satu jenama yang sentiasa menjadi fenomena tapi harap maaf salah tekaan. 

Telefon pintar bagi penulis yang berbaloi untuk dimiliki ialah Samsung Galaxy S23FE. Siri Galaxy S23 FE ini telah mula dijual pada pertengahan bulan Oktober lepas dan sehingga kini masih lagi ada di pasaran. Daripada harga hingga ke performance, semuanya PERFECT! 

Nak tahu kenapa penulis kata ianya berbaloi? Sini penulis kongsikan.

Kamera Tarikan Utama! 

Kebiasaannya, bila kita ingin membeli telefon, perkara utama yang dilihat adalah kualiti kamera. Lagi-lagi, kalau korang seorang content creator, kamera merupakan fokus utama bagi memastikan hasil video dan gambar jelas untuk dikongsi di media sosial.

Kredit: Oh!Media

Dengan Samsung Galaxy S23 FE, korang tak akan kecewa sebab ia dilengkapi dengan 3 kamera utama iaitu lensa utama 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan 8MP yang disokong OIS serta kamera swafoto 10MP memberi kualiti kamera yang mengagumkan. 

Kredit: Oh!Media

Pilihan tangkapan gambar bagi kamera utama boleh diambil pada nisbah 1:1, 4:3, 16:9 dan juga penuh memberi variasi kreativiti semasa bergambar. Jadi, takdelah asyik saiz gambar sama je, lama-lama follower bosan. 

Kredit: Oh!Media

Korang jenis suka bergambar pada waktu malam? Tak usah risau, Galaxy S23 FE mempunyai night mode yang memastikan gambar mempunyai cahaya yang mencukupi pada waktu malam. Feature mode seperti portrait, pro, panorama, food, semuanya ada disediakan.

Kredit: Oh!Media

Kalau korang “kaki konsert”, Galaxy S23 FE antara telefon pintar yang sesuai untuk korang bawa ke konsert. Nak tahu kenapa? 

Kredit: Oh!Media

Samsung sentiasa menjadi pilihan utama telefon untuk dibawa semasa konsert disebabkan kemampuan zoom. Galaxy S23 FE mampu zoom sehingga 30× kali ganda. Korang dapat merakam moment konsert tanpa mengira dimana korang berada. Best kan? 

Untuk video pula, peranti ini dapat merakam dengan kualiti maksimum sehingga UHD 8K/24FPS serta dilengkapi dengan OIS. Jadi, kualiti video korang akan sentiasa stabil dan dirakam dengan begitu baik sekali.

Skrin Jelas & Smooth 

Bukan setakat kamera je lawa, kualiti visual yang dipaparkan pun lawa tau. Samsung Galaxy S23 FE menggunakan skrin jenis Dynamic Amoled bersaiz 6.4 inci yang menawarkan penghasilan warna yang terang dan jelas. 

Kredit: Oh!Media

Bila korang nak main game online, streaming video ataupun melihat semula hasil yang dirakam sangat puas disebabkan paparan panel skrin beresolusi FHD+.

Untuk korang yang gemar melakukan kerja di telefon seperti penulis, sangat sesuai  menggunakan Galaxy S23 FE disebabkan saiz  skrin yang besar serta kadar segar semula 120Hz. Ia memberi keselesaan sepanjang menggunakannya. 

Kapasiti Bateri Yang Mencukupi

Samsung Galaxy S23 FE diperkuasa dengan kapasiti bateri sebanyak 4500mAH yang serta disokong dengan kelajuan pengecasan 25W. Mungkin korang beranggapan ianya sedikit berbanding peranti yang lain, sebenarnya tidak! 

Kredit: Oh!Media

Peranti Galaxy S23 FE ini boleh digunakan sepanjang hari, dari pagi hingga ke malam. Ianya cukup untuk korang melakukan kerja seharian. Bagi penulis, yang menggunakan untuk menulis serta merakam video dan edit, ianya boleh dilakukan dengan baik tanpa ada masalah. 

Samsung Galaxy S23 FE ini dapat di cas menggunakan wayar USB-C ataupun nirwayar. Style kan? 

Reka Bentuk “Minimalist” & Style

Samsung Galaxy S23 FE ini direka dengan bentuk “boxy” bersaiz 6.22 inci × 3.01 inci × 0.32 inci dengan berat 209g. 

Kredit: Oh!Media

Ianya selesa dipegang dan muat untuk korang masukkan ke dalam poket. Untuk berswafoto ataupun semasa merakam video, korang tidak akan rasa terlalu berat dan besar untuk memegangnya, just nice! 

Kredit: Oh!Media

Peranti ini hadir dengan 4 pilihan warna iaitu Graphite, Mint, Purple dan juga Cream. Warnanya yang ceria dan sesuai untuk dibawa ke semua majlis. 

Samsung Galaxy S23 FE ini boleh dibeli dengan harga RM 2,999 (128GB) dan RM3,299 (256GB). 

Bagi penulis, dengan harga yang berpatutan untuk sebuah telefon jenis flagship ianya berbaloi. Harga dan kualiti berada di tahap yang sama. Performance dan juga feature yang diberikan berjaya memuaskan hati penulis. 

Untuk korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasi penuh Samsung Galaxy S23 FE, korang boleh baca di artikel sebelum ini

Jadi tunggu apa lagi, sebelum tahun 2023 berakhir, jom tukar ke Samsung dan rasai kualiti dan performance yang menakjubkan,confirm puas hati!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas