Connect with us

Oh! Media

Digi Bawa Masuk iPhone 12 & iPhone 12 Pro Di Malaysia Bermula 13 November

Oh! Tech

Digi Bawa Masuk iPhone 12 & iPhone 12 Pro Di Malaysia Bermula 13 November

Bagi sesiapa yang sentiasa mengikuti trend iPhone terbaru mesti tak sabar nak pakai iPhone 12 kan? Korang boleh dapatkan iPhone 12 dan iPhone 12 Pro di Malaysia bermula 13 November ini gais melalui Digi.

ADVERTISEMENT

Bagi yang memang berniat untuk beli iPhone 12 ataupun iPhone 12 Pro, korang dah boleh membuat pra-tempahan dengan Digi bermula 6 November nanti. Buat masa ini, itu saja variasi yang akan mereka tawarkan, mungkin iPhone 12 Mini dan iPhone 12 Pro Max.

BACA : Apple Lancarkan iPhone 12 Yang Menyokong 5G, Harga Bermula RM3,399

Bagi iPhone 12, ia akan dijual pada harga RM3,899 bagi storage 64GB dan RM4,599 bagi storage 256GB. Bagi iPhone 12 Pro pula, ia akan dijual dengan harga bermula RM4,898 untuk storage 128GB dan RM6,299 bagi storage 512GB.

Mungkin syarikat telko lain juga akan bawakan produk terbaru dari Apple ini mengikut pakej. Pergh! Tak lama lagi mesti ramai yang menggayakan iPhone 12 ni di tangan masing-masing.

Kredit: Digi

+ Baca respon pembaca Digi bawa masuk iPhone di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas