Connect with us

Oh! Media

Ciri ‘Pro’ Pada Kamera Galaxy S21 FE Ini Pasti Akan Buat Ramai Penggemar Fotografi Tertarik!

Branded

Ciri ‘Pro’ Pada Kamera Galaxy S21 FE Ini Pasti Akan Buat Ramai Penggemar Fotografi Tertarik!

Kalau korang skrol Instagram, mesti akan terlintas banyak gambar-gambar estetik yang dimuat naik oleh kawan-kawan, hasil daripada peranti yang dimiliki. 

Tak dinafikan, peranti telefon pintar pada masa kini kebanyakannya lebih maju dan ada yang boleh berdiri tinggi setanding kamera digital tau!

Untuk korang yang suka tangkap gambar dan memerlukan telefon pintar yang mempunyai ciri seakan kamera digital, korang perlu dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G sebab ia mempunyai ciri yang akan mengujakan korang!

Ciri ‘Pro’ Kamera Galaxy S21 FE Setanding Kamera Profesional

Salah satu ciri menarik yang ada pada kamera Galaxy S21 FE ni adalah ciri ‘Pro’, yang mana korang boleh belajar dan berlatih untuk menggunakan tetapan yang biasanya ada pada kamera profesional. 

Yang bestnya, korang boleh ubah sendiri tetapan seperti ISO, Shutter Speed, White Balance, dan Focus mengikut apa yang korang pelajari, ataupun korang juga boleh tetapkan pada mod auto!

Ciri ‘Pro’ ini bukan saja boleh digunakan untuk tangkap gambar, ia juga boleh digunakan untuk merakam video sekali! Haa, boleh lah korang asah bakat dalam bidang fotografi atau filematografi dengan menggunakan peranti ni!

Cakap pasal rakam video ni, ada satu lagi ciri menarik yang ada pada Galaxy S21 FE, khas untuk korang yang suka buat vlogging! 

‘Dual Recording’, Ciri Yang Akan Buat Vloggers Terpegun

Korang yang suka rakam video vlogging tu, ciri ‘Dual Recording’ pada Galaxy S21 FE ini mesti akan buat korang tertarik untuk cuba. 

Ciri ini akan membolehkan korang untuk rakam video menggunakan kamera belakang dan kamera swafoto pada satu masa yang sama tau! Wow!

Lagi best, untuk membuatkan video korang kelihatan lebih menarik untuk ditonton, korang boleh merakam perkara yang terjadi di sekeliling serta reaksi korang secara serentak! Haa, vloggers kat luar sana mesti dah seronok dengar ciri ni kan?

Dengan kamera swafoto sebesar 32MP dan kamera depan 12MP, tak dinafikan hasil video yang korang rakam tu akan kelihatan lawa dan menarik!

Gambar Kelihatan Lebih Estetik Dengan Galaxy S21 FE

Bukan setakat dua ciri yang ‘rare’ ni saja, banyak lagi ciri yang korang boleh guna seperti Panorama, Portrait, Night Mode, Slow Motion, Food, Hyperlapse, AR Doodle dan Super Slow-Mo. Fuhh, lepas ni memang banyak lah gambar yang akan dimuat naik ke media sosial! 

Untuk maklumat lanjut mengenai ciri-ciri lain yang terdapat pada Samsung Galaxy S21 FE, layari laman web rasmi Samsung. Kalau berminat, korang boleh dapatkan peranti ini dengan klik DI SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas