Connect with us

Oh! Media

Cara Jimat Guna Kamera Telefon Sebagai Webcam, Tak Perlu Bazir Duit!

Oh! Tech

Cara Jimat Guna Kamera Telefon Sebagai Webcam, Tak Perlu Bazir Duit!

Di musim pandemik ini, sudah semestinya kita tidak boleh bertemu apatah lagi belajar bersama-sama. Seakan sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat sekarang menggunakan platform maya ataupun virtual untuk bertegur sapa. Tidak kiralah kepada golongan yang bekerja atau belajar. Sudah semestinya hari-hari kita akan dipenuhi dengan penggunaan teknologi virtual sehingga aplikasi Zoom dan Google Meet.

ADVERTISEMENT

Jika kita menggunakan aplikasi virtual sebagai platform berbual, tentu sahaja kita mahu kualiti kamera yang terbaik. Kalau gambar pecah-pecah mesti stress kan? Sampai orang sanggup beli Webcam yang mahal semata-mata nak dapatkan kualiti video yang bagus. Tapi korang tahu tak, selain Webcam, kita juga boleh jimatkan duit dengan menggunakan kamera telefon je sebagai Webcam. Macam mana? Jom ikuti langkah-langkah ini.

1. Download aplikasi Iriun Webcam

Perkara yang paling penting adalah dengan memuat naik aplikasi yang diberi nama ‘Iriun Webcam’. Korang perlu downlond aplikasi ini pada dua-dua peranti korang iaitu pada telefon dan laptop atau PC korang macam gambar dekat bawah ni.

2. Buka Aplikasi Iriun Webcam di Telefon dan Laptop/PC

Bila sudah selesai download pada dua peranti korang, buka aplikasi ini serentak iaitu pada telefon dan laptop. Telefon akan automatik bersambung dengan laptop dan korang boleh lah tengok muka korang. Kalau untuk telefon, ada tetapan yang membolehkan korang untuk mengubah kedudukan kamera sama ada nak guna front atau back dan  landscape ataupun portrait.

3. Buka platform meeting

Untuk langkah seterusnya, korang pergi ke mana-mana platform meeting korang tidak kiralah Zoom ataupun Google Meet. Macam contoh yang penulis tunjukkan dengan menggunakan Google Meet sebab banyak digunakan pada masa sekarang.

Bila korang dah buka Google Meet, korang akan jumpa tiga titik di bahagian bawah kanan laptop korang. Klik pada titik tu dan kemudian klik pada bahagian setting/tetapan. Contoh seperti gambar di bawah.

Bila korang dah klik, akan muncul seperti gambar di bawah.

Kemudian, klik pada video di ruangan tetapan dan ubah penggunaan kamera yang pada asalnya menggunakan kamera laptop, kepada Iriun Webcam. Contoh seperti gambar di bawah.

Korang juga boleh mengubah tetapan/setting microfon pada bahagian audio kepada Iriun Webcam, tetapi tidak digalakkan kerana risiko audio pada video korang akan bergema, nanti sakit pula telinga.

4. Bersedia untuk bergaya!

Lepas korang ikut langkah-langkah yang ditunjukkan, tekan simbol pangkah dan korang boleh lah menikmati kualiti video Google Meet mengikut kualiti telefon masing-masing. Terpulang kalau nak letak telefon berhampiran laptop atau beli phone stand, baru nampak macam gamer kan.

Lepas semua dah siap, korang boleh lah mula bergaya masa guna Google Meet nanti. Banyak perbezaan bila kita guna kamera laptop dengan kamera telefon termasuklah video akan lebih jelas dan pergerakan yang lebih lancar.

Kesimpulannya, bila korang dah guna telefon sebagai Webcam, jadi tak perlulah bersusah payah untuk beli Webcam, guna telefon kan senang. Lepas ni tak adalah korang rasa tak puas hati sebab kualiti video asyik pecah-pecah. Kan senang guna telefon je!

Kredit: Fahmiperwira

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas