Connect with us

Oh! Media

“Aku Cakap Bukan Dia Nak Layan” – Isteri Campak Telefon Bimbit Suami Ke Luar Kereta

Oh! Tidak

“Aku Cakap Bukan Dia Nak Layan” – Isteri Campak Telefon Bimbit Suami Ke Luar Kereta

Baru-baru ini viral di aplikasi X, seorang isteri tergamak campak telefon suami ke luar kereta disebabkan tak dilayan. Apa yang jadi sebenarnya ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Dosa Ke Kalau Isteri Nak Berhenti Kerja Walaupun Suami Gaji Kecil? Ini Penjelasannya

Menerusi video yang dikongsi, sebelum kejadian itu berlaku, wanita berkenaan membebel tak berhenti dalam dialek Kelantan namun suaminya dilihat tak menghiraukannya langsung.

Berang tidak dilayan, si isteri merampas telefon dari tangan suaminya dan terus campak ke luar kereta.

Geram betul aku, asyik bergayut dengan telefon abang ni. Aku cakap bukan dia nak layan. SIni aku baling telefon dia tu, jangan main-main dengan aku.

Padan muka, aku kecek tak dilayan sokmo.

Terkejut dengan perbuatan isterinya, lelaki berkenaan persoalkan tindakan yang dilakukan kerana telefon yang dibeli bukan murah.

Allahuakbar. Sini la saya hantar awak ke Tanjung Rambutan.

Namun, wanita itu kelihatan tenang dan tersenyum melihat respons suaminya itu serta lebih mengejutkan dia juga menyuruh untuk mencari perempuan lain.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan dan mendakwa ia adalah konten semata-mata.

Perempuan Kelantan mulut si*l macam ni bersepah, berckap macam orang tak berpendidikan.

Kenapa dia gelak? Lucu ke? Ada mental problem ke?

Amboi kak kalau marah pun janganlah sampai macam tu sekali, cuba bawa berbincang dulu sebaiknya. Semoga suami tabah hadapi cabaran lah ye.

Kredit: Aplikasi X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas