Connect with us

Oh! Media

Boleh Ke Solat Sambil Pegang Telefon Untuk Baca Surah? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Copy of Untitled Design   2

Oh! Islam

Boleh Ke Solat Sambil Pegang Telefon Untuk Baca Surah? Ini Penjelasan Mufti Pulau Pinang

Isu membaca surah daripada telefon ketika solat sering menjadi perdebatan. Menurut Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman, perbuatan ini dibenarkan selagi tidak mengganggu kekhusyukan solat.

Menurut laporan Sinar Harian, para ulama juga berpendapat bahawa membaca daripada mushaf fizikal atau digital tidak membatalkan solat, asalkan tidak melakukan banyak pergerakan. 

Namun, lebih baik jika telefon diletakkan di tempat yang sesuai bagi mengelakkan gangguan.

IKLAN

Siaran langsung ketika solat, boleh ke?

Img 0522

Baru-baru ini, tular di TikTok mengenai seorang wanita yang melakukan siaran langsung ketika solat tarawih. Tindakan ini menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat mengenai hukum dan kesahihan solatnya.

Dr Mohd Sukki menjelaskan bahawa solat tetap sah, tetapi fokus dan kekhusyukan boleh terjejas. Dalam Mazhab Syafie, perbuatan yang tidak berkaitan dengan solat dan boleh mengganggu tumpuan berpotensi membatalkan ibadah.

Tanggalkan cermin mata ketika solat, sah ke tidak?

Cermin mata ohmedia

Berhubung isu menanggalkan atau memakai semula cermin mata ketika solat, Mufti Pulau Pinang menjelaskan bahawa ia tidak membatalkan solat, selagi pergerakan tidak melebihi tiga kali berturut-turut.

Namun, siaran langsung ketika solat boleh mengurangkan kekhusyukan dan memberi kesan negatif kepada pemahaman masyarakat tentang adab dalam ibadah.

#ApaKataOhmedia

Dalam beribadah, kekhusyukan adalah perkara utama. Jika ingin membaca surah daripada telefon, pastikan ia tidak mengganggu fokus. Elakkan perbuatan yang menyebabkan tumpuan terganggu, termasuk bersiaran langsung ketika solat

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas