Connect with us

Oh! Media

Tolak Pemberian Visa, Faizal Azumu Pertahan Keputusan Larang Atlet Israel ‘Jejak’ Malaysia

Oh! Negara

Tolak Pemberian Visa, Faizal Azumu Pertahan Keputusan Larang Atlet Israel ‘Jejak’ Malaysia

Baru-baru ini, Malaysia telah menolak untuk memberikan visa kepada atlet Israel yang mahu bertanding dalam kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia bagi Lelaki di negara ini.

ADVERTISEMENT

BACA: “Gurauan Berunsur Seksual Tidak Boleh Diterima Sama Sekali” – Faizal Azumu

Ia merupakan keputusan tegas bagi menghalang kemasukan mereka dalam kejohanan yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur dari 7 hingga 12 Disember bulan hadapan.

Bagaimanapun, perkara tersebut telah mencetuskan pelbagai kecaman dari negara berkenaan sehingga merancang untuk membuat aduan jika pihak Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) tidak menyelesaikan isu tersebut.

Namun, terdapat juga laporan menyatakan kejohanan itu bakal dibatalkan kerana kemungkinan beberapa negara tidak dapat bertanding akibat masalah visa serta penularan varian Omicron yang semakin teruk.

Tiada unsur diskriminasi, negara sudah tiada hubungan diplomatik dengan Israel

Berhubung dengan perkara itu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan Malaysia tidak melakukan sebarang diskriminasi terhadap atlet Israel mengenai larangan pemberian visa.

Tambahnya lagi, Malaysia juga sudah tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara itu dan jika terdapat kejohanan antarabangsa di negara ini, imigresen tidak akan membenarkan mereka masuk.

Apabila persekutuan antarabangsa meletakkan Malaysia sebagai tuan rumah kepada kejohanan antarabangsa, mereka juga patut maklum kita tidak benarkan atlet dari Israel untuk mengambil bahagian.

Katanya, beliau amat terkilan dengan tuduhan diskriminasi atlet daripada Israel selain menyatakan negara tersebut telah banyak kali mendiskriminasi rakyat Palestin.

Saya fikir amat malang sekali jika kita dituduh untuk bertindak diskriminasi dan sebagainya, tetapi, sebenarnya kalau melihat pada politik dunia, Israel mendiskriminasi rakyat Palestin dan juga mendominasi dunia secara proksi, itu yang patut kita tentang.

Pernah ditahan di penjara Israel, sedia halang kemasukan mereka

Dalam pada itu, Ahmad Faizal juga turut menceritakan pengalaman pahitnya apabila dia pernah ditahan oleh pihak berkuasa Israel pada tahun 2010.

Hal itu semasa beliau menjalani misi kemanusiaan bernama Freedom Flotilla selain mengakui akan menjadi individu pertama yang menyekat kemasukan mereka.

Saya sendiri pada tahun 2010 dalam misi Freedom Flotilla, ditangkap dan dipenjarakan dalam penjara Isreal. Kalau mahu benarkan atlet daripada Israel jejak kaki di sini, saya fikir, saya orang yang pertama akan menentang.

Sementara itu, pihak WSF juga dikatakan sedang dalam proses untuk berhubung dengan badan Skuasy Malaysia dan berharap agar ‘penyelesaian’ yang adil dapat dicapai.

Kredit: Utusan Malaysia I Malaysia Now

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas