Connect with us

Oh! Media

gangguan seksual

Trending

“Gurauan Berunsur Seksual Tidak Boleh Diterima Sama Sekali” – Faizal Azumu

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong semalam mendedahkan mengenai lawak lucah melibatkan seorang jurulatihnya. Dakwa Pandelela lagi, dia pernah dibuli selepas menegur perbuatan tersebut.

BACA: Pandelela Dedah Jurulatih Kerap Buat Lawak Lucah, Kini Didakwa Kes Rogol?

IKLAN

Pendedahan mengejutkan ini mendapat pelbagai reaksi daripada banyak pihak termasuk Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin. Khairy berterima kasih kepada atlet ini kerana berani bersuara.

Katanya, masih ada yang mengkritik keputusan yang dibuatnya susulan dakwaan ini beberapa tahun lalu.

khairy jamaluddin

Meninjau ke ruangan Facebook, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut meluahkan ketegasannya berkenaan isu gangguan seksual ini.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memandang serius sebarang perbuatan, percakapan atau gurauan berunsur lucah melibatkan atlet Malaysia.

faizal azumu

Jelasnya dalam hantaran itu, gurauan berkenaan rogol atau berunsur seksual tidak boleh diterima sama sekali walau dalam apa jua keadaan.

Di bahagian komen, orang ramai berharap beliau dapat menyiasat dakwaan ini sedalam-dalamnya. Orang ramai mahu tindakan tegas diambil jika terbukti ada gangguan sedemikian.

Kredit: Utusan Malaysia | Facebook Faizal Azumu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas