Connect with us

Oh! Media

“Takkanlah Saya Nak Lawan Parti Yang Berjasa Pada Saya” – Noh Omar Sahkan Tak Bertanding Pada PRU-15

Oh! Negara

“Takkanlah Saya Nak Lawan Parti Yang Berjasa Pada Saya” – Noh Omar Sahkan Tak Bertanding Pada PRU-15

Pada majlis pengumuman calon parti Barisan Nasional (BN) beberapa hari yang lalu, penyokong UMNO dikejutkan selepas nama seperti Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar Musa, YB Shahidan Kassim serta Tan Sri Noh Omar tidak tercalon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

ADVERTISEMENT

BACA: Terkini! Tak Jadi Bertanding PRU-15, Ustaz Kazim Elias Umum Tarik Diri

Keputusan yang dibuat parti BN itu kemudiannya telah menyebabkan penyandang Parlimen Arau, YB Shahidan Kassim kini akan bertanding menentang parti itu di parlimen tersebut dengan menggunakan tiket parti Perikatan Nasional (PN).

Noh Omar dedahkan takkan bertanding

Dalam pada itu, Tan Sri Noh Omar yang telah mempertahankan kerusi di Parlimen Tanjong Karang selama enam penggal sejak 1995 memaklumkan bahawa meskipun tidak tercalon, beliau tidak akan bertanding dan akan terus memberi sokongan kepada calon dipilih UMNO pada PRU-15 akan datang.

Saya orang parti, takkanlah parti yang berjasa dengan saya, saya mahu lawan pula.

Noh Omar ketika ditemui Bernama juga memaklumkan bahawa beliau tetap akan sama-sama turun padang untuk berkempen bagi memastikan BN menang di Selangor.

Saya sebagai pengerusi tentulah nak menang di Selangor. Insya-Allah, kita akan cuba yang terbaik,  kalau dalam keadaan tsunami pon Tanjong Karang boleh menang, kali ini dengan keadaan yang lebih baik, saya yakin Tanjong Karang boleh kekalkan kerusi parlimen.

Saya mula-mula menjadi calon pada 1995, saya tidak terfikir mahu menjadi calon, tiba-tiba dapat menjadi calon, siapa sangka? Paling penting keikhlasan dalam perjuangan, jangan sesekali kita bekerja nak kejar jawatan.

Dalam pada itu, calon yang akan menggantikan Noh Omar, Habibah mengucapkan terima kasih kepada Noh dan parti, kerana memberi laluan serta peluang kepadanya untuk bertanding pada PRU15.

Saya anak didik Tan Sri (Noh), saya pernah bekerja dengan Tan Sri, lebih kurang 10 tahun, banyak pengalaman yang saya timba. Saya tidak mahu terlebih konfiden, tetapi saya yakin dan percaya dengan bantuan serta pertolongan serta tunjuk ajar Tan Sri, kita boleh ulangi kegemilangan yang telah dibuat Tan Sri.

Untuk info, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal akan diadakan pada 15 Nov manakala hari pengundian pada 19 Nov.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas