Connect with us

Oh! Media

(Video) “This Is Common Sense Kan Tan Sri?”- Mangsa Kesal Kerajaan ‘Tiada’ Sewaktu Kritikal

tan sri

Trending

(Video) “This Is Common Sense Kan Tan Sri?”- Mangsa Kesal Kerajaan ‘Tiada’ Sewaktu Kritikal

Sebuah video yang dirakam di sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor telah tular apabila ada seorang mangsa banjir di Taman Sri Nanding berani meluahkan perasaannya dan pengalaman banjir yang dihadapinya kepada Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Mungkin Hari Ini Hari Mereka..”- Pengusaha River Cruise Bawa 3 Bot Rentas Negeri

Wanita tersebut menceritakan keadaan semasa mereka tersangkut dalam banjir, Ahad lepas. Menurutnya, beliau telah menelefon kesemua agensi kerajaan dari jam 12.30 pagi sehingga 4.30 pagi, namun tiada tindakan yang diambil.

Agensi kerajaan datang semasa air sudah surut

Wanita tersebut mendakwa telah menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan juga kem tentera di Sungai Besi untuk membantu penduduk di kawasan penempatan tersebut.

Beliau mempersoalkan kenapa agensi kerajaan hanya datang pada waktu air sudah surut? Menurutnya, sewaktu keadaan sedang kritikal, tiada satu pun agensi kerajaan yang datang membantu mereka.

Kenapa agensi kerajaan datang pada pagi semasa air sudah surut. Semasa keadaan kritikal, air dah sampai tahap bumbung rumah, tak ada sebarang agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan hanya menghantar tiga bot di kawasan Hulu Langat.

Sudah tentulah tan sri, tiga bot tak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat.

This is common sense, kan tan sri?

Warga asing yang datang bantu sewaktu kritikal

Wanita ini juga memberitahu, hanya warga asing, iaitu tiga rakyat Indonesia yang datang membantu mereka dengan mendayung sampan untuk menyelamatkan anak salah seorang penduduk di taman perumahan tersebut yang terperangkap atas bumbung rumah.

Itu yang datang menolong kami, rakya asing. Di mana agensi kerajaan waktu itu?

Menerusi video yang tersebar itu, ramai netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut kerana berani meluahkan perasaannya kepada menteri tersebut.

tan sri

Semoga kerajaan akan lebih peka dengan keadaan rakyat di negara ini pada masa akan datang. Sesungguhnya, tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang aman dan makmur.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas