Connect with us

Oh! Media

“Orang Sokong Parti Ni Memang Gini” – Netizen Geram Tengok Cara Dato Seri Vida Berkempen

Oh! Negara

“Orang Sokong Parti Ni Memang Gini” – Netizen Geram Tengok Cara Dato Seri Vida Berkempen

Menerusi Instagram, usahawan yang sering dihimpit kontroversi, Datuk Seri Vida menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan parti Barisan Nasional bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, rakaman dimuat naik olehnya meraih perhatian disebabkan hal yang lain apabila ramai warganet tidak suka dengan kelakuannya dan berpendapat aksinya keterlaluan.

Kata mereka, usahawan berusia 50 tahun itu seolah-olah sengaja mempamerkan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang tertera di bahagian dada pada baju yang dipakainya.

Berdasarkan rakaman tersebut, Vida bukan sahaja menari-nari menunjukkan dada tetapi juga menjerit-jerit seperti selalu yang netizen lihat.

Rata-ratanya menegur Vida kerana aksi tayang dada meskipun berpakaian lengkap selain mengkritiknya kerana tiada perasaan malu dengan tingkah laku sebegitu.

Kenapa over sangat? Nampak murah kempen begini. Bangunlah, sekarang dah nak masuk tahun 2023.”

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas