Connect with us

Oh! Media

Noh Omar, Zuraida Dan Jamal Abdillah Antara 30 Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Oh! Negara

Noh Omar, Zuraida Dan Jamal Abdillah Antara 30 Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Seperti yang kita tahu, bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa baru sahaja menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebgai Muafakat Nasional (MN) selepas beliau dipecat daripada UMNO.

ADVERTISEMENT

BACA: “Fitnah Saya Masuk Bilik Duit Berlonggok” – Annuar Musa Sahkan Sudah Beri Kenyataan Kepada SPRM

Tidak menunggu lama, Annuar Musa sudah pun memulakan kerja kerasnya dengan melantik beberapa ahli untuk menyertai MN antaranya ialah bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar, bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin serta bekas Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Dalam pada itu, selebriti terkenal tanah air, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera turut disenaraikan menganggotai Dewan Tertinggi MN.

Mengumumkan perkara itu, Presiden NGO MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pertubuhan itu juga menyenaraikan dua ahli akademik iaitu pakar Perlembagaan, Prof Madya Shamrahayu A Aziz dan pendakwah terkenal, Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Menurut beliau, kesemua mereka merupakan antara 30 personaliti Dewan Tertinggi MN.

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan bahawa gerakan itu turut mendapat sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Saya bertemu beliau semalam. Saya dapat mengatakan Tun Dr Mahathir memberikan sokongan yang kuat kepada MN.

Tun Dr Mahathir turut lahirkan kebimbangan beliau tentang kedudukan orang Melayu dan berkata, usaha untuk kebaikan negara dan orang Melayu, beliau akan sokong.

Annuar turut mengumumkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali turut berdaftar sebagi ahli.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas