Connect with us

Oh! Media

“Fitnah Saya Masuk Bilik Duit Berlonggok” – Annuar Musa Sahkan Sudah Beri Kenyataan Kepada SPRM

Oh! Negara

“Fitnah Saya Masuk Bilik Duit Berlonggok” – Annuar Musa Sahkan Sudah Beri Kenyataan Kepada SPRM

Bekas pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa dirinya telah memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Annuar Tegaskan Tiada Perarakan, Hanya Pergerakan Bawa Patung Sahaja Dibenarkan

Kenyataan beliau telah dirakam oleh pihak SPRM berhubung dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membelanjakan dana yang berlebihan di Sabah sewaktu PRN pada 2020.

Fitnah di luar kawalan

Annuar Musa juga menjelaskan bahawa dirinya dengan rela hati memberi keterangan kepada pihak SPRM dan telah memberitahu semua jalan cerita yang sebenar.

Saya sudah memberi kenyataan kepada SPRM minggu lepas. Saya sebenarnya sangat lega sekali kerana sekali lagi fitnah yang di luar itu tak dapat saya kawal, mereka kata saya masuk bilik tidur duit berlonggok-longgok ambil berjuta-juta bawa duit ke mana, patutlah kuat sokong Muhyiddin kerana Muhyiddin bagi duit. – Annuar Musa

Sebelum ini, Annuar pernah mendakwa Pengerusi PN itu telah memperuntukkan puluhan juta ringgit bagi membantu UMNO semasa PRN Sabah.

Kredit: MalaysiaKini

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas