Connect with us

Oh! Media

Najib Tak Kenal Pakcik Berdoa Luar Pagar Tapi Berharap Dapat Jumpa

Oh! Politik

Najib Tak Kenal Pakcik Berdoa Luar Pagar Tapi Berharap Dapat Jumpa

Semalam, jenazah Tun Rahah Mohamed Noah telah selamat dikebumikan di Makam Pahlawan yang menghembuskan nafas pada hari Jumaat (18 Disember 2020).

Bagaimanapun, disebalik kesedihan itu tersebar pula kebaikan yang dilakukan oleh Tun Rahah kepada seorang individu tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun latar belakang.

Ini apabila tersebar satu gambar yang menunjukkan seorang pakcik yang menadah kedua tangan berdoa di luar masjid ketika pengebumian Allahyarhamah.

Seorang individu dikenali sebagai Azman Hasan bagaimanapun tampil di ruangan komen Facebook Najib Razak untuk menceritakan semula pertemuan dia bersama seorang warga emas itu.

Saya jumpa dia tadi DS Najib. Dia kata dia pernah kerja sebagai tukang kebun di rumah Tun Rahah. Tun Rahah pernah biaya dia punya kos perubatan suatu ketika dulu. Dia nak balas memang tak mampu dan sepanjang bacaan talkim pakcik tadah tangan panjat doa. Sekarang kerja di kedai makan dekat Kampung Baru. – Tulisnya.

Menurut Azman lagi, pakcik ini asal dari Terengganu dan turut menolak pemberian wang darinya dengan alasan masih mampu untuk sara diri. Azman juga memaklumkan yang pakcik tu datang ke Masjid Negara dengan berjalan kaki dari Kampung Baru.

Datuk Seri Najib Razak turut kongsikan gambar itu di Facebooknya dan tersentuh melihat kejadian berkenaan serta berharap agar dapat berjumpa dengan pakcik itu.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

ITTIFY

To Top