Connect with us

Oh! Media

“Bagaimana Nak Laksana Perintah Tanpa Perintah?” – Menteri Jawab Isu Titah Adendum

Ohmedia copy of Untitled Design 67

Oh! Negara

“Bagaimana Nak Laksana Perintah Tanpa Perintah?” – Menteri Jawab Isu Titah Adendum

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertegas tiada titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 membenarkan Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

BACA: Mahkamah Benarkan Rayuan Najib Selepas Keputusan Majoriti 2-1 Berpihak Pada Bekas PM Itu

Beliau berkata sedemikian, selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan bekas Perdana Menteri itu mencabar kewujudan Titah Adendum tersebut.

IKLAN

Jabatan Penjara tak pernah terima titah tambahan

Suv 1661250255

Datuk Seri Saifuddin menjelaskan, surat bertarikh 2 Februari 2024 kepada Jabatan Penjara hanya bertujuan melaksanakan keputusan Lembaga Pengampunan yang merangkumi dua perkara sahaja dan tidak pernah menerima sebarang titah tambahan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Oleh kerana surat diterima KDN khususnya penjara hanya sebut dua perkara, bagaimana boleh kami laksana perintah tiada dalam keputusan perintah..tiada terima adendum.-Katanya

Titah tambahan itu adalah tambahan kepada titah utama yang mengurangkan hukuman penjara Najib kepada 12 tahun dan denda RM210 juta kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM50 juta.

Istana Pahang sahkan Titah Adendum sahih

472385100 1195149102612748 482163500651976063 n

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pagi tadi juga telah mendedahkan surat rasmi daripada Majlis Kesultanan Pahang, yang mengesahkan adanya Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

BACA: Surat Dari Majlis Kesultanan Pahang Sahkan Titah Adendum Untuk Najib Jalani Hukuman Di Rumah

Najib kini bergantung kepada afidavit anaknya, Nizar serta surat dari istana Pahang yang mengesahkan kewujudan titah tersebut.

Ohmedia copy of Untitled Design 67

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: MG


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas