Connect with us

Oh! Media

Najib Letak Jawatan Pegawai Rafizi Ramli Di Kementerian Ekonomi

Ohmedia najib rafizi

Oh! Negara

Najib Letak Jawatan Pegawai Rafizi Ramli Di Kementerian Ekonomi

Seorang pegawai kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli nampaknya buat keputusan untuk letak jawatan serta-merta. Najib Bakar, yang juga bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Titiwangsa, buat keputusan besar ini demi bertanding dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi penggal 2025–2028.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Najib menegaskan niatnya jelas, mahu menjadi penghubung yang lebih berkesan antara kerajaan dan akar umbi parti.

Saya lihat ada jurang komunikasi di antara kerajaan dan parti, di mana akar umbi parti sendiri tidak tahu dan tidak faham pelbagai usaha, dasar, inisiatif yang telah digerakkan kerajaan.- Katanya.

Akar umbi tak boleh jadi ejen kalau tak diberi maklumat tepat…

Image

Najib melihat akar umbi sebagai nadi penting penyampaian dasar kerajaan, tapi kalau mereka sendiri tak faham, macam mana nak bantu rakyat?

IKLAN

Bagaimana mereka boleh diharapkan untuk menjadi ejen komunikasi jika tidak diberikan maklumat dan kefahaman secukupnya?- Soalnya.

Najib mahu jadi pemimpin yang neutral dan menyatukan semua pihak, tak kira fraksi mana. Dengan pengalaman setahun setengah di Kementerian Ekonomi, dia yakin mampu galas tanggungjawab tu.

Dengan jalinan hubungan rentas agensi. Saya yakin mampu menggalas tanggungjawab tersebut.

Patuh pekeliling, letak jawatan segera…

Image

Sebagai penjawat awam kontrak, Najib akur dengan pekeliling yang melarang individu dalam kumpulan pengurusan tertinggi bertanding jawatan politik. Maka, dia nekad lepaskan jawatannya demi integriti.

Serentak dengan pencalonan ini juga, saya akan meletakkan jawatan di Kementerian Ekonomi.

Walaupun Najib sedar dirinya bukan calon popular, dia tetap yakin dan positif. Katanya, suara aktivis dan jentera lapangan perlu dibawa ke atas.

Pemilihan kali ni dijangka panas dengan kehadiran nama-nama besar termasuk menteri dan timbalan menteri. Tapi Najib tetap tegaskan bahawa dia bukan datang untuk bersaing, tapi menyumbang.

Pssttt! Jarang kita tengok orang sanggup lepaskan jawatan tinggi demi perjuangan parti. Walaupun dirinya underdog, Najib Bakar tunjuk satu contoh bahawa perjuangan akar umbi itu penting dan mesti diangkat. Sama ada menang atau tidak, langkah berani macam ni patut diberi perhatian. Ini bukan soal siapa popular, tapi siapa yang benar-benar nak bekerja.

Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas