Connect with us

Oh! Media

Mas Ermieyati Mohon Maaf Guna Lagu Amir Jahari Untuk Tunjuk Sokongan Kepada Abah

Mas Ermieyati Amir jahari

Oh! Negara

Mas Ermieyati Mohon Maaf Guna Lagu Amir Jahari Untuk Tunjuk Sokongan Kepada Abah

Penyanyi dan komposer lagu ‘hasrat’, Amir Jahari memohon Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memadam hantaran video yang menggunakan lagunya tanpa izin.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, lagu tema filem Imaginur itu dijadikan latar belakang untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

Amir Jahari tak izin guna lagu untuk tujuan politik

Susulan itu, Naib Ketua Srikandi Bersatu akhirnya memohon maaf dan bersedia memadam hantaran itu untuk digantikan dengan lagu lain seperti nasyid atau lagu penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Mas Ermieyati mohon maaf, kagum karya anak muda

Mas Ermieyati juga meminta maaf kepada Amir Jahari kerana bercakap di Parlimen soal filem Imaginur dikala tak ada seorang pun ahli Parlimen menyentuh filem itu.

Katanya, beliau menghargai karya anak muda seperti Amir Jahari namun dia tak faham mungkin Amir Jahari takut dan malu kerana dia daripada pihak pembangkang.

Teruskan berkarya, tetapi kalau kamu tak suka karya kamu digunakan oleh orang politik, letak siap-siap sebelum kamu letak di YouTube dan sebagainya. Letak “Jangan guna lagu aku kalau kamu nak guna untuk tujuan politik”. Jangan bila saya dah post, baru nak letak begitu.

Namun menurut Amir Jahari, dia merupakan seorang pengkarya bukannya pengikut yang membabi buta. Seninya bukan untuk mana-mana parti politik tak kiralah sama ada kerajaan mahupun pembangkang.

Mas Ermieyati amir jahari

Kredit: Astro Awani | Amir Jahari

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas